All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, October 13, 2010

Bibiana tembak emas kelapan

Hanya perpuluhan tiga mata jadi pemisah pemenang perak

MENEMBAK bukan menjadi sasaran awal membantu kontinjen negara menepati tuaian 10 pingat emas, tetapi semalam ia seperti hadir selaku penyelamat pada saat genting menjelang tirai saingan dilabuhkan.

Bibiana Ng membutirkan emas kelapan – kurang dua saja daripada sasaran kontinjen – apabila penembak dari Sarawak itu mengungguli acara 10 meter Air Pistol individu wanita di Lapang Sasar Dr Karni Singh.

Dia merakamkan jumlah bidikan 481.9 bagi emas manakala penembak India, Heena Sidhu melakukan 481.6 untuk perak dan gangsa menjadi milik Dina Aspandiyarova dari Australia (478.8).

Seorang lagi wakili negara, Joseline Cheah – penembak yang menjadi harapan dalam acara kegemarannya itu sekadar menyudahkan cabaran di tempat kelima.

Bagi Bibiana yang menyepi daripada pentas antarabangsa selama dua tahun selepas digantung kerana kesalahan doping, emas itu menjadi penawar duka ketika dia kehilangan ramai rakan yang seperti menjauhkan diri ketika penggantungan itu.

“Sebelum ini saya sudah tahu siapa sebenar rakan ketika berduka dalam tempoh penggantungan. Saya juga tahu siapa yang menjadi penyokong sebenar dan saya mendedikasikan emas ini kepada mereka dan Malaysia,” kata penembak 33 tahun itu yang mengutip pingat kedua selepas memenangi gangsa acara 25m Air Pistol, 6 Oktober lalu.
Dalam saingan kelayakan, Bibiana mencatat 383, hanya satu kurang daripada pencapaian terbaiknya. Dan tidak hairan kemenangan semalam membuat dirinya penuh emosi.

“Saya tak dapat menahan perasaan gembira hari ini... sudah lama saya menunggu emas selepas memenangi perak dan gangsa di Kuala Lumpur 1998 dan perak pada 2002 dan 2006.

“Selepas ini fokus saya adalah untuk berjaya dalam Sukan Asia pula walaupun saingan di Guangzhou berbeza kerana kehadiran penembak bertaraf dunia dari Jepun dan China.”

Penembak negara boleh pulang dengan bangga selepas menamatkan misi dengan kutipan pingat terbesar di Sukan Komanwel dengan 2 emas, 2 perak dan 3 gangsa.
Malaysia turut menambah tiga gangsa menerusi Bryan Nickson Lomas (terjun 10m platform lelaki), Nicol David-Ong Beng Hee (beregu campuran skuasy) dan Elaine Koon (gimnastik berirama individu).

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates