All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, January 18, 2011

Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani

Azma Aizal Yusoof atau dulunya dikenali sebagai Isma Yusoof kini semakin mengorak langkah selepas berjaya menggondol trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin yang lalu.

Setelah lakonan hebat dan berkesan dalam Antara Garisan, Isma Yusoof maju setapak lagi dengan gelaran pengarah setelah berjaya mengarah sebuah drama berjudul Kashaf Imani.

Jom tengok sedikit sedutan trailer drama Kashaf Imani

Trailer 1

Trailer 2

Drama Kashaf Imani akan ditayangkan pada 17 Feb 2011 jam 9 malam, Khamis di saluran Astro Ria sempena dengan Maulidur Rasul. Drama terbitan Radius One ini pastinya hebat dengan barisan bintang pelakon ternama.

Sebuah drama penuh dramatik menyayat hati dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar. Selain menampilkan Azma Aizal Yusoof sebagai pengarah, drama ini mendapat suntikan kreatif videografi dari Pali Yasir, skrip oleh Shahrulezad Mohameddin dan Shahriman Wahap serta vfx oleh CHAIN-FX.

Kasyaf imani poster

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Jangan lupa saksikan drama yang sarat dengan mesej ini pada hari Khamis, 17 Februari ini jam 9 malam di saluran 104.

Kashaf+dalam+keranda2

imani+nekmah+kubur

roh1

shamim+rosnah

imani+kubur


sumber : www.budiey.com

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates