All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.
Showing posts with label noh hujan. Show all posts
Showing posts with label noh hujan. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Hujan Dapat Bas Daripada BSN

KUALA LUMPUR: Setelah memiliki pencapaian yang memberangsangkan di bidang nyanyian, kumpulan Hujan telah menerima sebuah bas khas yang telah diubah suai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hujan yang kini menjadi duta MyBSN berkata mereka gembira menerima kemudahan pengangkutan kerana ia lebih memudahkan perjalanan kumpulan itu bila mengadakan konsert jelajah.

Menurut salah seorang ahlinya, Dimas, bas tersebut telah diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan mereka dan mereka tidak sabar untuk berkongsi keselesaan bas itu bersama peminat-peminat mereka.

"Alhamdulillah kemudahan bas yang diberikan ini sangat selesa. Sekurang-kurangnya kami dapat berehat sepanjang konsert jelajah kami yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Bagaimanapun bas tersebut tidak diberikan terus pada kami tetapi kami akan gunakannya sepanjang setahun kontrak kamu bersama BSN.

"Kamu harap para peminat juga dapat merasa menaiki bas ini bersama-sama kami," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, Emilia Azyyati Abdul Rahman berkata, pemilihan Hujan dibuat berdasarkan pencapaian yang diterima dan Hujan juga memiliki daya tarikan sendiri dalam mengajak para remaja memulakan penyimpanan wang.

Hujan kini lebih selesa dengan kemudahan baru mereka. Foto ehsan BSN

Sementara itu, ahli Hujan kini hanya tinggal tiga orang sahaja setelah Ag Coco membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut kerana ingin memberi fokus kepada kumpulannya, Coco, yang juga disertainya sejak lapan tahun lalu.

Beritahu Dimas, walaupun tanpa AG, gitaris itu tetap akan bersama mereka bila persembahan nyanyian diadakan.

"AG cuma bukan lagi jadi ahli kami, tetapi dia kini menjadi pemain 'sesion' kami. Sama juga seperti pemain drum kami, Am," katanya pada pelancaran album Hujan, Lone Soldier Boy (LSB) di Berjaya Time Square, di sini, Jumaat.

Selepas pelancaran album, Hujan mengadakan mini 'showcase' di sebelah malamnya. Fotob TheStar oleh KEVIN TAN

Selepas kejayaan album Mencari Konklusi, Hujan tampil dengan 14 buah lagu pula iaitu Di Kala Bulan Bermain Biola, Muda, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Ramos, Bahgia, Kasihan dan Lonely Soldier Boy.

Kata Noh, pembikinan album yang dihasilkan kali ini selama empat bulan itu menelan wang belanja sebanyak RM30,000.

"Apapun, kami berpuas hati dengan hasil lagu yang dibuat dan selain peminat-peminat luar, Raingers merupakan pembakar semangat kami untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Dalam pada itu, salah satu lagu daripada album kali ini, LSB adalah sebuah lagu daripada animasi Jepun, Mospeda. Sebenarnya lagu itu telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2006.

"Tetapi dengan bantuan Warner Music, kami mendapat kebenaran daripada pihak animasi tersebut menggunakan lagu ini. Bagaimanapun, liriknya saya gubah semula dalam bahasa Melayu," ujarnya.

sumber :www.mstar.com.my

Friday, November 12, 2010

Mizz Nina & Noh Sah Bertunang

PETALING JAYA: Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November lalu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor.

"Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput.

"Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak.

"Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambahnya, Mizz Nina dan Noh akan mengumumkan pertunangan mereka pada sebuah sidang media khas yang akan berlangsung pada 16 November ini di restoran Sri Melayu.

Mereka akan menjelaskan segala persoalan yang berbangkit berkenaan dengan hubungan mereka itu.

Mizz Nina dan Noh dikatakan mula bercinta ketika mereka bekerjasama dalam projek album penyanyi wanita itu, What Are You Waiting For.

Dalam album tersebut mereka turut berduet menerusi lagu Kurnia yang kini sedang hangat dimainkan di stesen-stesen radio.

sumber : www.mstar.com.my


    Monday, November 8, 2010

    Dengarnya...: Mizz Nina, Noh bertunang

    RAMAI peminat sudah pun tahu mengenai hubungan intim antara dua penyanyi popular masa kini, Mizz Nina dan Noh daripada kumpulan Hujan. Sejak awal tahun ini, gosip mengatakan kedua-dua artis ini dalam proses saling mengenali hati budi tersiar di sana-sini. Apatah lagi ketika itu mereka bekerjasama untuk album solo penyanyi wanita itu.

    Kalau tak silap Cik Normah, Noh menghadiahkan sebuah lagu berjudul Kurnia untuk album wanita cantik ini.

    Cuma mungkin ramai yang tidak tahu, kedua-duanya mula terbabit dalam seni berlandaskan irama sama, hip hop, beberapa tahun yang lalu. Jika Mizz Nina bersama kumpulan Teh Tarik Crew ketika itu, Noh pula bersama kumpulan MIX.
    Begitupun, keintiman antara dua bintang muda ini khabarnya mula bertaut pada awal tahun ini. Pengakuan daripada empunya diri pula mula muncul sejak beberapa bulan lalu.

    Yalah, buat apa hendak dinafikan kalau ia perkara yang membahagiakan mereka, kan? Peminat pun tentunya gembira apabila dua insan popular ini menjalinkan cinta. Bak kata orang tua-tua, mereka umpama pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan.

    Cerita terbaru yang Cik Normah dengar, Mizz Nina dan Noh akan mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pertunangan sedikit masa lagi. Perincian majlis itu tidak pula Cik Normah dapat lagi, sebab khabarnya, mereka hanya akan mengumumkan perkara itu pada 16 November ini.

    Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat memang gembira dengan perkhabaran yang baru diterima ini. Buat apa hendak tunggu lama-lama, kalau masing-masing sudah saling menyintai. Perkara yang elok, baiklah dipercepatkan, semoga keberkatan menjadi milik mereka.
    Kepada pasangan selebriti yang kian meniti bibir peminat ini, Cik Normah doakan selamat berbahagia. Cik Normah sendiri teringin untuk turun ke majlis sidang akhbar itu nanti, kalau keadaan mengizinkan.
    free counters

    My Blog List

    Archive

    Labels

     

    sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates