All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.
Showing posts with label aznil nawawai. Show all posts
Showing posts with label aznil nawawai. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Mahu Kembalikan Nostalgia, Aznil Dilantik Pengacara AF9

KUALA LUMPUR: Desas-desus pengacara Aznil Nawawi kembali mengacarakan rancangan popular Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) menjadi kenyataan apabila pengacara nombor satu itu diumumkan bagi mengendalikan program itu bermula 2 April ini.

Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.

Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.

"Kami mahu musim terakhir ini menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kita ingin beri yang terbaik dan Aznil merupakan pengacara pertama dan sudah sinonim dengan kewujudan AF.

"Kredibiliti dan keupayaan Aznil sebagai pengacara memang tidak dapat dinafikan. Saya percaya dia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan mengembalikan memori kegemilangan AF dengan gaya tersendiri," katanya dalam majlis sidang media berhubung perkara itu di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Azlin turut menafikan keputusan membawa masuk Aznil sebagai salah satu taktik memancing semula penonton AF yang semakin berkurang.

"Rating AF merupakan yang tertinggi dalam program terbitan Astro, setiap tahun rating masih kekal sama. Ia juga tidak dipengaruhi oleh pengacara," katanya.

Sementara itu, Aznil memberitahu peluang yang diberikan ini akan dilakukan sebaik mungkin.

"Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir.

"Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama," katanya.

Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.

"Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini," katanya.

Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.

sumber : www.mstar.com.my

Thursday, January 27, 2011

Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman

PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bertapak dalam bidang seni, pengacara Aznil Nawawi, 48, buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Hore Hore pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

"Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

"Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah.

"Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman," katanya pada sidang media acara itu di Bukit Kiara Equastrian Park, di sini, Khamis.

Tambah pengacara itu, dia juga ingin membuat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.

Malah Aznil akan membuat latihan senaman untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut.

"Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri.

"Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton," ujarnya.

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

sumber : www.mstar.com.my

Monday, January 24, 2011

20 Artis 'Hero Malaya' Kerja Di Pasar Raya Jumaat Ini

PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi bersama lebih 20 selebriti tanah air yang mengelar diri sebagai Hero Malaya akan mengadakan aktiviti amal pertama mereka pada Jumaat ini di pasar raya Carrefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut Aznil, aktiviti amal tersebut bertujuan membuat kutipan derma yang akan disalurkan ke sebuah badan kebajikan yang dipilih.

“Aktiviti ini yang pertama kami lakukan selepas kumpulan Hero Malaya ini ditubuhkan. Pada asalnya ia sekadar mahu berkongsi pandangan dan pendapat sehinggalah timbul idea membuat kutipan amal ini.

“Selepas saya usulkan ia disambut baik oleh semua ahli yang ada sehinggalah menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh masa yang singkat ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kumpulan yang ditubuhkan pada awal Januari lalu melalui laman sembang maya, Blackberry Massenger (BBM) ini akan bekerja sebagai petugas pasar raya Carrefour dan hasil pendapatan mereka nanti akan diserahkan terus ke badan kebajikan tersebut.

“Mulai pukul 3 petang pada Jumaat ini, 20 Hero Malaya akan bekerja melayan pelanggan Carrefour. Kami bekerja secara berkumpulan di beberapa bahagian pasar raya, termasuk bahagian kaunter pembayaran.

“Manakala orang ramai yang datang untuk memberi sokongan boleh menyumbang dengan membeli barangan yang kami sediakan,” ujarnya yang mendapat tajaan penuh dari Carrefour.

Tambah Aznil, misi utama Hero Malaya yang ditubuhkan ini adalah sebagai kumpulan selebriti yang aktif untuk kegiatan kebajikan.

Malah menurutnya jika ia mendapat lebih banyak sokongan ia mungkin didaftarkan sebagai sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan.

“Saya memang berazam untuk banyak buat kebajikan tahun ini, namun jika untuk melakukannya seorang diri mungkin sukar. Alhamdulillah ia mendapat sambutan dari selebriti lain.

“Saya mendapat maklum balas yang agak memberangsangkan sehinggakan ada peminat yang turut ingin sertai kami, kalau sokongan berterusan kami akan berusaha untuk mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan kebajikan atau Badan Bukan Kerajaan,” katanya.

Antara selebriti yang terlibat ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.

sumber : www.mstar.com.my

Thursday, January 20, 2011

Apakah Hero Malaya?

arimau Malaya sudah tentu anda pernah dengar. Tapi, apa pula terma Hero Malaya? Sepanjang minggu lepas, kami lihat ramai selebriti lelaki di Twitter menukarkan profil gambar mereka dengan logo Hero Malaya. Hasil soal selidik kami daripada sumber yang dipercayai, Hero Malaya ialah kumpulan selebriti lelaki yang bertujuan untuk melakukan kebajikan terhadap mereka yang telah dipilih secara rahsia.

Al-kisahnya, Hero Malaya merupakan sekadar gurauan bersama rakan selebriti di dalam group chat Blackberry Messenger. Bermula daripada perbualan kosong, secara tidak sengaja timbul pula idea untuk menolong seseorang yang dirahsiakan identitinya. Surprise gitu!

OHBULAN! difahamkan pengerak utama Hero Malaya ialah Pak Nil & Fazdley yang bekerja keras untuk mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan tujuan mereka. Pada 28 Januari 2011, seramai 22 selebriti terkenal tanah air seperti Pak Nil, Fadzley, Imran Ajmain, Ery Putra, Iqram Dinzly, Altimet, Alif Satar, Zizan Raja Lawak & ramai lagi akan bergabung tenaga sebagai adik-beradik untuk melakukan kerja amal di Carefour Wangsamaju, mulai 3 pm – 7 pm.

Selain itu, Hero Malaya juga mengeratkan tali silaturrahim sesama selebriti, dan dapat beramah mesra dengan para peminat pada hari berkenaan. Menurut sumber lagi, kumpulan Hero Malaya masing-masing datang daripada pelbagai kerjaya seperti penyanyi, pengacara & pelakon. Jadi, mereka dapat bertukar-tukar idea serta meluaskan networking dengan selebriti yang lain.

Sumber berkata lagi, dia sebenarnya tidak sabar untuk memakai uniform Carefour dan melakukan kerja-kerja seperti cashier & penolak troli. Satu pengalaman baru baginya.

Kami memuji usaha kesemua selebriti Hero Malaya yang terlibat untuk melakukan kerja-kerja amal. Anda boleh memberikan sokongan dengan menggunakan hashtag #heromalaya di Twitter & hadirkan diri pada hari tersebut bagi menunjukkan sokongan. Enjoice!


sumber : www.ohbulan.com

Saturday, January 15, 2011

Persenda Nama Arwah Bapa, Aznil Maafkan Zizan

Zizan memohon maaf kepada Aznil dan peminat atas keterlanjurannya menerusi Facebook.

PETALING JAYA: Pengacara terkenal Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.

“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.

Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.

Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut.

sumber : www.mstar.com.my

Monday, December 13, 2010

'Serasi Bersama' Buka Rahsia Bahagia Pasangan Selebriti

KUALA LUMPUR: Astro memperkenalkan sebuah rancangan permainan kuiz terbaru yang merupakan program penutup tahun 2010 berjudul Serasi Bersama.

Program yang dihoskan oleh dua pengacara popular iaitu Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira itu bakal keudara pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 9 malam bermula 19 Disember ini menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Menurut pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, program tersebut menggunakan format program popular luar negara iaitu Mr And Mrs.

“Kita mahu memberi variasi kepada program yang ada sekarang. Walaupun mengikut format luar tetapi kita telah ubah pengisian yang sesuai dengan budaya negara kita.

“Program ini juga akan membongkar rahsia kebahagiaan rumah tangga pasangan selebriti atau orang ternama dengan soalan-soalan berkaitan dengan hal rumah tangga masing-masing.

“Setiap minggu tiga pasangan akan bertanding bagi memenangi hadiah wang tunai yang akan didermakan untuk badan-badan kebajikan,” katanya

Tambahnya, objektif utama setiap pasangan ini adalah untuk menambah erat hubungan mereka agar lebih saling memahami dalam menempuh kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Selain untuk kebajikan perhubungan mereka, hadiah kemenangan yang diperoleh juga akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang diwakili.

“Usaha murni ini dilihat sebagai serampang dua mata dalam mempertingkatkan hubungan erat suami isteri dan pada masa yang sama beramal kepada badan kebajikan yang amat memerlukan sumbangan dan perhatian orang ramai,” katanya.

Antara peserta yang terlibat dalam rancangan ini ialah pasangan penulis novel terkenal, Ahadiat Akashah dan Norhayati; Edry Hashim dan Pat Candy; Mustapha Kamal dan Susan Menon; Adlin Aman Ramlie dan Emelda; Hanif (ERA) dan Noora; Dollah Salleh dan Isteri, Enot dan sumi; Aziz M Osman dan Lily serta selebriti lai

sumber : www.mstar.com.my

Aznil Tidak Lagi Rendah Diri

KUALA LUMPUR: Pengacara Aznil Nawawi mengaku tidak lagi berasa rendah diri sebagai pengacara program televisyen berbahasa Malaysia jika di bandingkan dengan program televisyen berbahasa Inggeris.

Katanya, kemenangan program Jangan Lupa Lirik yang merangkul Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards (ATA), Singapura baru-baru ini adalah bukti bahawa rancangan televisyen berbahasa Malaysia juga setanding dengan program televisyen berbahasa Ingeris terutamaya dari luar negara.

“Dulu saya rasa rendah diri bila dibandingkan dengan pengacara program berbahasa Inggeris. Rasa macam program mereka lebih hebat sebab menggunakan bahasa antarabangsa.

“Tapi selepas kemenangan ini, saya rasa lebih yakin dan bangga sebab yang tercalon dalam pertandingan ini ialah dari program seluruh Asia.

"Negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan lain-lain menghantar penyertaan program yang berbahasa Inggeris tapi Alhamdulillah kami yang menang,” katanya.

Pertandingan tersebut disertai lebih 1,000 peryertaan dari 15 buah negara di seluruh asia termasuk Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand.

Ujarnya, kemenangan tersebut juga merupakan pencapaian terbaik baginya selama 20 tahun berada dalam bidang pengacaraan.

“Walaupun ini kemenangan ketiga saya di peringkat Asia, namun saya jadikan ia sebagai penanda aras untuk mencapai peringkat lebih tinggi lagi.

“Secara peribadi impian saya ialah untuk memenangi ketogori Pengacara Terbaik Asia suatu hari nanti,” katanya yang pernah memenangi anugerah bagi Bual Bicara Terbaik tahun 2005, Pengacara Hiburan Asia pada 2008 dan Program Permainan Kuiz Terbaik Asia, 2010.

Bagaimanapun, menurut Aznil dengan kemenangan ini bukanlah tiket untuknya lebih memilih.

“Inilah masa saya untuk berkongsi pengalaman selama 20 tahun ini dengan pengacara lain. Saya lebih suka jika digandingkan bersama-sama pengacara lain.

“Kemenangan bukan bermakna saya sudah jadi terbaik. Saya masih lagi belajar dengan pengacara-pengacara lain. Lain orang lain cara mereka mengendalikan sesebuah rancangan,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangan untuk terlibat dalam sebuah program realiti tentang kehidupannya, katanya ia masih lagi diperingkat perbincangan.

“Kita masih lagi berbincang untuk buat program realiti tersebut. Terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan. Sejauh mana kesediaan saya untuk mendedahkan kehidupan peribadi dan berkongsi dengan peminat.

“Dari segi penerimaan masyarakat juga perlu diambil kira. Craa hidup kita di sini berbeza dengan di barat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aznil bakal mengendalikan program terbaru berjudul Serasi Bersama terbitan Astro yang akan bergandingan dengan pengacara Sharifah Shahira.

Rancangan 15 episod ini bakal mencungkil rahsia kebahagiaan suami isteri akan mengantikan rancangan Mari Menari.

sumber : www.mstar.com.my

Monday, November 29, 2010

Aznil Nawawi Cakap Pasal Konsert Solo, Zizan

KUALA LUMPUR, 30 NOV 2010: Kemenangan pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan di Shout! Awards 2010 menerusi kategori Favourite TV Personality Award telah menimbulkan kejutan kerana ramai yang menyangka bahawa kategori itu pastinya akan menjadi milik pengacara nombor satu Malaysia iaitu Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil.

Apakah ini satu petanda bahawa akan bermual penguasaan Zizan dalam dunia pengacaraan tempatan. Mungkin, masih terlalu awal untuk mengatakannya. Apatah Zizan sendiri masih terus merendah diri dan menegaskan bahawa kemenangan itu bukanlah bermaksud dia sudah berjaya mengalahkan Pak Nil.

Sebaliknya, ia adalah satu titik permulaan bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri ini dan pada masa yang sama dia masih tetap menganggap serta menghormati Pak Nil sebagai mentornya dalam dunia pengacaraan.

Apakah pandangan Pak Nil tentang kemenangan Zizan ini? Ikuti juga temubual murai.com.my bersama Pak Nil tentang kesibukannya sebagai juri bagi program Kamilah Bintang di Astro Ceria. Dalam perkembangan lain, Pak Nil dikhabarkan bakal mencipta sejarah dengan mengadakan konsert solonnya tidak lama lagi.

Jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama Aznil yang sudi meluangkan masa menjawab beberapa soalan tentang kemenangan Zizan dan konsertnya itu.

MURAI: Apa komen Aznil apabila Zizan menegaskan dia bukan mengalahkan Pak Nil atas kemenangannya itu?
PAK NIL: Dia sangat merendah diri dan itu adalah sikap serta sifat yang betul untuk terus berjaya. Harap sikap ini dapat Zizan kekalkan sampai bila-bila. Zizan kena ingat bahawa Zizan adalah pemenang dan kita kena raikan pemenang. Syabas!

MURAI: Bagaimana pula dengan pendapat Zizan yang melabelkan Pak Nil sebagai sifu pengacara?
PAK NIL: Tidak pernah Pak Nil terfikir orang akan gelar Pak Nil sebagai sifu pengacara. Ini kerana kalau ada yang menuntut ilmu dengan Pak Nil pun adalah bintang-bintang Astro. Kalau dengan Zizan, pernah lah sekali dua Zizan minta nasihat daripada Pak Nil. Tapi kalau nak belajar lagi daripada Pak Nil, Pak Nil tak lokek ilmu. Mari jumpa Pak Nil bawa pulut kuning dan ayam golek seekor (dalam nada gurauan) .Insya-Allah, seronok dapat turunkan ilmu ni.

MURAI: Difahamkan, Pak Nil bakal mengadakan konsert solo secara besar-besaran tidak lama lagi. Betul ke?
PAK NIL: Jangkanya konsert Pak Nil dijadualkan pada 11 Disember ni tapi ia terpaksa ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi. Konsert ini adalah sempena 20 tahun penglibatan Pak Nil dalam bidang pengacaraan. Sebab ditunda kerana ada pihak yang berminat untuk menganjurkannya bersama penganjur kini pada skala yang lebih besar lagi! Ada penaja minuman besar dan telekomunikasi juga nak sama menaja! Syukur sangat!

MURAI: Di manakah konsert itu akan dijalankan dan siapakah yang memberikan idea untuk mengadakan konsert ini?
PAK NIL: Sebenarnya idea ini datang dari pihak promoter konsert yang sama dengan Konsert Double Trouble Wings-Search. Bila mereka hubungi Pak Nil ketawakan mereka sebab ingatkan mereka bergurau tapi rupanya dia orang serius. Setelah berbincang dengan mereka dan pengarah muzik konsert, Hilary Ang, Pak Nil bertambah yakin konsert tersebut mampu dilaksanakan.

MURAI: Siapakah artis yang akan Aznil jemput untuk memeriahkan konsert itu nanti?
PAK NIL: Ramai artis yang pernah ada kena mengena dengan perjalanan kerjaya Pak Nil akan dijemput dan mengikut perancangannya artis-artis itu adalah sebahagian daripada kejutan konsert itu nanti. Nampaknya konsert ini banyak menjanjikan kejutan!

MURAI: Apa komen Pak Nil apabila ada suara berbisik dan mengatakan populariti Aznil sudah mula menurun?
PAK NIL: Amboi soalan! Tak kisahlah turun ke naik ke tapi yang penting Pak Nil masih dapat bertahan sehingga 20 tahun. Pak Nil rasa soal turun dah tak timbul ketika ini. Pada ketika ini Pak Nil rasa Pak Nil dah tempah tempat Pak Nil sendiri di dalam industri dan bukan sibuk pening fikir soal turun naik lagi dah. Pak Nil selesa berada di kedudukan Pak Nil yang mempunyai rekod yang tersendiri. Pak Nil bersyukur pada kedudukan ini.

Cuba lihat Kak Nita, Jamal, Dato Sharifah Aini, Dato Sheila Majid, Ogy Ahmad Daud, Zainalabidin, Mahathir Lokman, Wan Zaleha, Ella..Mereka adalah insan-insan bertuah yang kini tidak runsing soal naik turun lagi. Mereka ada rekod peribadi mereka tersendiri dan Pak Nil ada rekod peribadi Pak Nil sendiri. Pak Nil sudah tempah tempat ke arah kedudukan itu. Insya-Allah!

MURAI: Siapakah yang Pak Nil rasa layak jadi pelapis Pak Nil?
PAK NIL: Tak adil Pak Nil menamakan pelapis Pak Nil. Biarlah peminat yang tentukan sama seperti mana mereka menilai kerja Pak Nil dan meletakkan Pak Nil di mana Pak Nil kini. Kita ada ramai pengacara baru yang hebat. Pasti ada satu atau lebih yang menyerlah.

MURAI: Setiap satu permulaan mesti ada penghujungnya. Sebelum bersara, apa lagi impian Aznil yang mesti ditunaikan?
PAK NIL: Bersara? Pak Nil tidak akan bersara. Bersara membuat kita jadi tua. Tua membuat kita jadi malas. Malas membuat kita jadi lemah. Lemah membuat kita jadi kaku. Kaku membuat kita sakit. Sakit membuat kita mati.

sumber : www.murai.com.my

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates