All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, November 29, 2010

Aznil Nawawi Cakap Pasal Konsert Solo, Zizan

KUALA LUMPUR, 30 NOV 2010: Kemenangan pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan di Shout! Awards 2010 menerusi kategori Favourite TV Personality Award telah menimbulkan kejutan kerana ramai yang menyangka bahawa kategori itu pastinya akan menjadi milik pengacara nombor satu Malaysia iaitu Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil.

Apakah ini satu petanda bahawa akan bermual penguasaan Zizan dalam dunia pengacaraan tempatan. Mungkin, masih terlalu awal untuk mengatakannya. Apatah Zizan sendiri masih terus merendah diri dan menegaskan bahawa kemenangan itu bukanlah bermaksud dia sudah berjaya mengalahkan Pak Nil.

Sebaliknya, ia adalah satu titik permulaan bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri ini dan pada masa yang sama dia masih tetap menganggap serta menghormati Pak Nil sebagai mentornya dalam dunia pengacaraan.

Apakah pandangan Pak Nil tentang kemenangan Zizan ini? Ikuti juga temubual murai.com.my bersama Pak Nil tentang kesibukannya sebagai juri bagi program Kamilah Bintang di Astro Ceria. Dalam perkembangan lain, Pak Nil dikhabarkan bakal mencipta sejarah dengan mengadakan konsert solonnya tidak lama lagi.

Jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama Aznil yang sudi meluangkan masa menjawab beberapa soalan tentang kemenangan Zizan dan konsertnya itu.

MURAI: Apa komen Aznil apabila Zizan menegaskan dia bukan mengalahkan Pak Nil atas kemenangannya itu?
PAK NIL: Dia sangat merendah diri dan itu adalah sikap serta sifat yang betul untuk terus berjaya. Harap sikap ini dapat Zizan kekalkan sampai bila-bila. Zizan kena ingat bahawa Zizan adalah pemenang dan kita kena raikan pemenang. Syabas!

MURAI: Bagaimana pula dengan pendapat Zizan yang melabelkan Pak Nil sebagai sifu pengacara?
PAK NIL: Tidak pernah Pak Nil terfikir orang akan gelar Pak Nil sebagai sifu pengacara. Ini kerana kalau ada yang menuntut ilmu dengan Pak Nil pun adalah bintang-bintang Astro. Kalau dengan Zizan, pernah lah sekali dua Zizan minta nasihat daripada Pak Nil. Tapi kalau nak belajar lagi daripada Pak Nil, Pak Nil tak lokek ilmu. Mari jumpa Pak Nil bawa pulut kuning dan ayam golek seekor (dalam nada gurauan) .Insya-Allah, seronok dapat turunkan ilmu ni.

MURAI: Difahamkan, Pak Nil bakal mengadakan konsert solo secara besar-besaran tidak lama lagi. Betul ke?
PAK NIL: Jangkanya konsert Pak Nil dijadualkan pada 11 Disember ni tapi ia terpaksa ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi. Konsert ini adalah sempena 20 tahun penglibatan Pak Nil dalam bidang pengacaraan. Sebab ditunda kerana ada pihak yang berminat untuk menganjurkannya bersama penganjur kini pada skala yang lebih besar lagi! Ada penaja minuman besar dan telekomunikasi juga nak sama menaja! Syukur sangat!

MURAI: Di manakah konsert itu akan dijalankan dan siapakah yang memberikan idea untuk mengadakan konsert ini?
PAK NIL: Sebenarnya idea ini datang dari pihak promoter konsert yang sama dengan Konsert Double Trouble Wings-Search. Bila mereka hubungi Pak Nil ketawakan mereka sebab ingatkan mereka bergurau tapi rupanya dia orang serius. Setelah berbincang dengan mereka dan pengarah muzik konsert, Hilary Ang, Pak Nil bertambah yakin konsert tersebut mampu dilaksanakan.

MURAI: Siapakah artis yang akan Aznil jemput untuk memeriahkan konsert itu nanti?
PAK NIL: Ramai artis yang pernah ada kena mengena dengan perjalanan kerjaya Pak Nil akan dijemput dan mengikut perancangannya artis-artis itu adalah sebahagian daripada kejutan konsert itu nanti. Nampaknya konsert ini banyak menjanjikan kejutan!

MURAI: Apa komen Pak Nil apabila ada suara berbisik dan mengatakan populariti Aznil sudah mula menurun?
PAK NIL: Amboi soalan! Tak kisahlah turun ke naik ke tapi yang penting Pak Nil masih dapat bertahan sehingga 20 tahun. Pak Nil rasa soal turun dah tak timbul ketika ini. Pada ketika ini Pak Nil rasa Pak Nil dah tempah tempat Pak Nil sendiri di dalam industri dan bukan sibuk pening fikir soal turun naik lagi dah. Pak Nil selesa berada di kedudukan Pak Nil yang mempunyai rekod yang tersendiri. Pak Nil bersyukur pada kedudukan ini.

Cuba lihat Kak Nita, Jamal, Dato Sharifah Aini, Dato Sheila Majid, Ogy Ahmad Daud, Zainalabidin, Mahathir Lokman, Wan Zaleha, Ella..Mereka adalah insan-insan bertuah yang kini tidak runsing soal naik turun lagi. Mereka ada rekod peribadi mereka tersendiri dan Pak Nil ada rekod peribadi Pak Nil sendiri. Pak Nil sudah tempah tempat ke arah kedudukan itu. Insya-Allah!

MURAI: Siapakah yang Pak Nil rasa layak jadi pelapis Pak Nil?
PAK NIL: Tak adil Pak Nil menamakan pelapis Pak Nil. Biarlah peminat yang tentukan sama seperti mana mereka menilai kerja Pak Nil dan meletakkan Pak Nil di mana Pak Nil kini. Kita ada ramai pengacara baru yang hebat. Pasti ada satu atau lebih yang menyerlah.

MURAI: Setiap satu permulaan mesti ada penghujungnya. Sebelum bersara, apa lagi impian Aznil yang mesti ditunaikan?
PAK NIL: Bersara? Pak Nil tidak akan bersara. Bersara membuat kita jadi tua. Tua membuat kita jadi malas. Malas membuat kita jadi lemah. Lemah membuat kita jadi kaku. Kaku membuat kita sakit. Sakit membuat kita mati.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates