All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, September 22, 2010

Ashraf, Bunga dapat anak lelaki

Ashraf, Bunga dapat anak lelaki


ASHRAF bersama Bunga ketika dia sarat mengandung.


KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 27, yang merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair selamat melahirkan bayi lelaki di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta Selatan semalam.

Ashraf, 31, yang dihubungi Kosmo! tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya setelah bergelar seorang bapa.

"Saya sentiasa bersama Bunga sejak dia dimasukkan ke hospital sehinggalah ke dewan pembedahan dan akhirnya melahirkan anak pukul 2 petang," ujarnya.

Menurut Ashraf, isteri dan anak sulungnya yang dilahirkan dengan berat 3.45 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

"Bunga melahirkan anak menerusi pembedahan atas nasihat doktor dan keadaannya sihat walaupun masih lemah," katanya.

Pasangan yang pernah berganding dalam filem Saus Kacang itu melangsungkan pernikahan pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates