All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, October 13, 2010

Bryan Nickson Lomas menang Gangsa

Tabah berdepan juara dunia, Olimpik untuk raih gangsa terjun 10m platform

BRYAN Nickson Lomas tabah ketika berdepan juara dunia dan Olimpik semalam dan pencapaian pingat gangsa dalam acara 10 meter platform lelaki harus dianggap satu pencapaian membanggakan buat negara.

Anak muda berusia 20 tahun dari Sarawak itu mencatat 487.15 mata untuk menambah satu lagi koleksi gangsa selepas bergandingan dengan Yeoh Ken Yee dalam acara 3m papan anjal seirama, kelmarin.

Kesilapan taktik sebelum mencecah air dalam terjunan kedua dan terakhir menjejaskan peluang Bryan memburu kedudukan lebih baik, tetapi mendapat pengalaman berharga berdepan saingan daripada barisan penerjun berkualiti kali ini.

Emas dalam acara itu dimenangi juara dunia, Tom Daley dari England dengan catatan 538.35 manakala juara Sukan Olimpik 2008, Matthew Mitcham dari Australia, perak (509.15).

Seorang lagi peserta negara, Ooi Tze Liang mendapat tempat ketujuh selepas menyudahkan cabaran dengan 411.15 dalam saingan membabitkan 11 penerjun.

Sehingga kini skuad terjun negara memenangi satu emas, satu perak dan dua gangsa dalam edisi kali ini dan terbaik dalam sejarah penyertaan.
Pandelela Rinong, 17, mencipta sejarah memenangi emas pertama acara terjun apabila mengungguli acara 10m platform wanita Isnin lalu manakala perak menyusul daripada gandingan Pendelela-Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama Ahad lalu.

sumber :www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates