All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, October 13, 2010

Buru keajaiban 4 emas

Chong Wei, rakan pikul tugas realisasikan sasaran Malaysia

EMPAT pingat emas – jika tiada halangan bakal menyusul dari gelanggang badminton, hari ini buat membantu kontinjen negara melakar sejarah baru Sukan Komanwel.

Berpandu kepada prestasi semasa, Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong harus menyumbang dua dalam perseorangan dan beregu lelaki tetapi situasi tampak seperti 50-50 bagi Wong Mew Choo dan beregu campuran, Kien Keat-Eei Hui untuk mengatasi rekod empat emas dicatat di Melbourne 2006.

Apapun, jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky tidak mahu pemain ghairah dalam menggapai impian besar itu, sebaliknya mahu setiap pemain memberi komitmen 100 peratus walaupun dilabel sebagai pilihan.

“Pasangan beregu campuran kita (Kien Keat-Eei Hui) ada peluang untuk menang emas tapi cuma satu saya minta daripada mereka – bertenang dalam gerakan dan elakkan kesilapan.

“Dalam separuh akhir mereka, Eei Hui banyak melakukan kesilapan dan jika mereka mengulanginya, peluang mungkin sukar,” katanya, semalam.

Pasangan beregu campuran yang bergandingan buat pertama kali di pentas antarabangsa yang besar bakal menentang pasangan England, Nathan Robertson-Jenny Wallwark yang bukan calang-calang lawan.
Mew Choo juga hadir dalam satu lagi perlawanan menarik menentang pemain nombor tiga dunia dari India, Saina Nehwal dalam final perseorangan, dengan misi membalas dendam selepas tewas dalam acara berpasukan campuran tempoh hari.

Jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek berkata: “Saya nampak Mew Choo ada peluang menang emas hanya jika dia dapat memberi tumpuan dan membuat keputusan sendiri dalam gelanggang,” katanya.

Chong Wei yang hadir mempertahankan pingat emas akan menentang Rajiv Ouseph dari England manakala Kien Keat-Boon Heong bakal berentap dengan Nathan James-Anthonay Clark dari England.

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates