All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, September 28, 2010

NKEA bukan kawal ekonomi

Inisiatif bolehkan sektor awam, swasta pacu pertumbuhan negara

KUALA LUMPUR: Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digerakkan kerajaan bukan untuk mewujudkan sebuah ekonomi yang dikawal, sebaliknya bagi membolehkan sektor awam dan swasta bekerjasama memacu pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sesetengah pihak kemungkinan terkejut bagaimana khususnya NKEA itu. Tetapi inisiatif ini berupaya membina sejumlah industri yang memiliki nilai tambah berintensifkan pengetahuan.

“Objektifnya adalah untuk Malaysia mencapai transformasi sebenar. Malah, Program Transformasi Ekonomi (ETP) menunjukkan perubahan ketara berbanding pendekatan sebelum ini.

“Kita percaya dengan melaksanakan semua ini secara betul, kita akan berupaya menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan persekitaran lebih baik untuk pelaburan domestik dan asing.

“Kita sudah pun melihat beberapa hasil yang bagus. Perbadanan global seperti Coca-Cola, Exxon dan Industrial and Commercial Bank of China, sudah mengumumkan pelaburan baru di Malaysia.

“Jika dilihat pada aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) bersih bagi suku pertama 2010, (jumlahnya) lebih RM5 bilion, iaitu sama jumlahnya dengan pencapaian sepanjang tahun lalu. Justeru, saya percaya kita berada pada landasan yang betul,” katanya dalam ucaptama pada Forum International Herald Tribune bertajuk ‘Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia’ di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, keupayaan menarik pelaburan berkualiti tinggi adalah lebih penting berbanding dari segi kuantiti, justeru, Model Baru Ekonomi (MBE) memberi fokus yang unik kepada perkhidmatan bernilai tinggi, teknologi serta inovasi dengan jangkaan mencipta peluang ekonomi lebih besar dalam jangka panjang.

Katanya, langkah mudah seperti mengurangkan kerenah birokrasi dan jumlah masa diambil memperbadankan suatu perniagaan baru, membina komuniti antarabangsa, memastikan kestabilan sosial dengan mewujudkan jaringan keselamatan untuk golongan miskin, serta mengurangkan kadar jenayah mampu menyumbang kepada keputusan membuat pelaburan di Malaysia.

sumber : www.bharian .com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates