All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, September 28, 2010

iPhone 4 peranti pantas

TELEFON pintar dengan fungsi sesentuh, iPhone 4 yang dilancarkan syarikat telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis) memiliki kepantasan 900MHz dijangka menjadi peranti terbaik untuk mengakses Internet pada masa depan.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal van Overbeke, berkata kelajuan frekuensi terbabit membenarkan akses rangkaian kelajuan data tinggi yang memastikan pengalaman terbaik serta liputan meluas.


"Sejak pelancaran iPhone 3GS pada Julai tahun lalu, Maxis sudah menyediakan rangkaian untuk perkhidmatan generasi berikutnya malah rangkaian 3G kami kini hampir 100 peratus dilengkapi Akses Paket Data Berkelajuan Tinggi (HSPA)," katanya.


Katanya, sejak 12 bulan lalu, Maxis menambah sekali ganda kapasiti data untuk rangkaian mudah alih dengan perancangan teliti untuk memperbaharui perkhidmatan yang memberi kesan positif kepada pengguna telefon pintar berasaskan Internet.


Pengguna yang ingin membeli telefon berkenaan boleh mengunjungi pusat Maxis terpilih di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur City Centre, Sunway, Pavilion, Gardens dan Taman Tun Dr Ismail bermula semalam.


iPhone 4 memiliki ciri baru termasuk FaceTime iaitu paparan Retina baru Apple, kamera lima megapiksel dengan lampu flash LED, perakam video HD, pemproses A4 Apple dan masa berbual sehingga 40 peratus lebih lama.


Dalam perkembangan lain, Maxis memaklumkan syarikatnya sudah diminta mengemukakan pelan perniagaannya yang membolehkan mereka mendapatkan akses blok 20MHz untuk spektrum 4G.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das, syarikatnya belum memastikan tarikh akhir untuk berbuat demikian namun percaya ia perlu diserahkan secepat mungkin.


"Semua syarikat diminta mengemukakan pelan perniagaan untuk mendapatkan spektrum berkenaan," katanya.


Mengikut laporan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan lesen evolusi jangka panjang yang hanya boleh digunakan selepas 1 Januari 2013.


Sembilan syarikat dimaklumkan mereka mungkin menerima 20Mhz daripada spektrum 2.6 gigahertz (GHz) untuk perkhidmatan 4G tapi lokasi blok akan ditentukan kemudian.

Rangkaian 4G dikatakan membolehkan pengguna mendapatkan khidmat multimedia mudah alih dengan kelajuan 10 kali lebih pantas berbanding rangkaian 3G.

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates