All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, January 10, 2011

“Sah, Angelina Memang Anak Watie!” – Respon Abang Ipar Watie Elite

Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab hasil temubual bersama abang ipar kepada Watie. Menurut ManggaOnline, mereka cuba mendapatkan kenyataan Watie, namun gagal setelah segala SMS & panggilan tidak berjawab. Mujur, abang ipar Watie yang dikenali sebagai Aziz diwakilkan untuk menjawab cerita panas tersebut. Rujuk artikel Angelina, Budak Perempuan Laporan Khas Melodi Anak Watie?

OHBULAN! difahamkan, gadis remaja yang keluar di Melodi tempoh hari memang anak Watie, tetapi bukan dilahirkan secara haram. 15 tahun lalu, Watie pernah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Eh, tak tahu pula kan?

Angelina, telah dibela oleh keluarga angkat, iaitu abang kepada bekas suami yang kini menetap di Johor. Watie banyak kali mencuba untuk berjumpa dengan Angelina, namun telah dihalang oleh keluarga angkat.

Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.

Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Sumber : mangga online

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates