All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, January 10, 2011

Rais: Malaysia Tidak Haram Penggunaan Blackberry

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar 'Blackberry' setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranyaada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kamimembuat keputusan yang tergesa gesa," katanya kepada pemberita selepas bertemupengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini, Isnin.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.

Rais berkata, kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.

Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka.

Semua telefon mudah alih menggunakan 'local provider' tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai pelayan sendiri di negara ia dicipta iaitu Kanada.

Ditanya sama ada Malaysia akan meminta syarikat telekomunikasi berkenaan mewujudkan pelayan di negara ini, Rais berkata ianya soal komersil dan harusditimbangkan dalam konteks sama ada syarikat berkenaan menyalahi mana-manaperuntukan di bawah Akta Komunikasi.

"Setakat ini saya tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran tersebut jadi tak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan perlu diambil sedangkan laporan pun tidak ada," katanya

sumber : BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates