All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, January 20, 2011

Astro bangga bakat daripada program realiti terbitannya tersenarai dalam Top 5 ABPBH2010

AGAK mengejutkan apabila senarai pendek (Top 5) bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) dimonopoli bekas peserta Raja Lawak.

Program terbitan Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) bersama Astro Prima itu sudah membuktikan objektif utama mereka melahirkan pelapis komedi ternyata berjaya menambat hati pengundi menyokong mereka.

Ini sudah menggembirakan Pengurus Saluran Astro Prima/Warna, Nizam Sani yang menganggap objektif asal program Raja Lawak dihasilkan untuk membantu industri melahirkan lebih ramai bakat baru, dan akhirnya ia ternyata membuahkan hasil.

“Apabila senarai Top 5 ABPBH2010 diumumkan lalu, saya agak terkejut dan gembira kerana senarai bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular adalah daripada bekas peserta yang lahir dari program Raja Lawak dan bagi pihak Astro mereka sangat gembira dan berpuas hati kerana program ini sudah membuktikan ia menyumbang sesuatu kepada industri.

“Alhamdulillah kerana produk Raja Lawak diterima oleh masyarakat dan media nampak bakat mereka, dari segi hala tuju ia dihasilkan kerana ada tujuan,” katanya.

Menerusi program itu juga, Nizam yakin dengan kemampuan dan bakat yang ada kepada semua peserta untuk meneroka lebih banyak kategori di dalam ABPBH untuk tahun akan datang.
“Apa yang kita buat kepada mereka ini adalah lebih kepada memberi pendedahan dan bukan saja mereka berlima tetapi kesemua peserta yang pernah menyertai program ini.

“Semasa di dalam program ini juga, kita hanya memantau mereka begitu juga ketika mereka mengadakan persembahan, mereka hanya dipantau apa yang boleh dan tidak boleh semasa mengadakan persembahan.

“Dari situ mereka dapat berfikir sendiri sekali gus mampu berdikari sendiri sebaik mereka keluar dari program ini. Saya sangat berpuas hati kerana masyarakat nampak bakat mereka. Nabil sudah membuktikan komedi pernah menjadi Artis Paling Popular dalam ABPBH dan sudah tentu bagi kategori Komedi Lelaki Popular akan dipegang oleh bekas peserta Raja Lawak juga tahun ini.

“Namun saya mengharapkan Zizan sekali lagi dapat memenangi kategori Pengacara TV Lelaki tahun ini dan beberapa kategori lagi bakal dipegang oleh peserta Raja Lawak untuk tahun akan datang,” katanya yang turut menyediakan banyak platform untuk peserta program ini di saluran Astro.

30 artis terbabit Konsert Lawak

Sementara itu, perhimpunan pelawak terbesar di dalam satu pentas menerusi Konsert Lawak bakal mencetuskan sejarah buat Astro.

Menghimpunkan lebih 30 artis komedi, Konsert Lawak yang akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, esok Sabtu ini akan bermula dari jam 6 petang.

Menurut Nizam, penganjuran konsert itu yang menggunakan landasan menerusi saluran Astro Warna diadakan khas untuk pelanggan yang melanggan pakej Mustika di Astro.

“Menerusi konsert ini, kami cuba mempromosikan Astro Warna sebagai saluran komedi tempatan 24 jam yang pertama dan pusat kepada pelawak tempatan.

“Lebih 30 pelawak akan mengadakan pelbagai persembahan dan antara mereka yang akan hadir seperti Datuk Aziz Satar, Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi’ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha dan Accapan.

“Selain itu, Angelina Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie dan pelawak yang lahir dari program Raja Lawak seperti Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.

“Konsert yang akan dihoskan pengacara terkemuka Zizan dan Johan turut membawa rocker tanah air, Amy (Search), Adibah Noor, Rahmat (Mega) dan Fabulous Cat,” katanya.

Menurutnya, acara itu akan dimulakan dengan pengisian slot Astro Ceria menerusi program drama Klik dan Rafeeq.

“Orang ramai boleh bertemu dengan pelakon yang pernah terbabit dengan program di Astro seperti Shahir, Stacy, Hafiz dan Anith serta pelakon Kau Dan Aku.

“Bagaimanapun, nasihat saya kepada mereka yang ingin datang agar dapat datang lebih awal kerana dewan yang disediakan hanya mampu memuatkan 2,400 orang saja bagi menyaksikan konsert itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates