All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Saturday, December 25, 2010

Fahrin Sudah Berfikir Untuk Bersara

KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad, 31, merancang untuk bersara daripada industri seni dan akan memerlahankan penglibatrannya dalam aktiviti itu secara perlahan-lahan mulai tahun depan.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah memikirkan jatuh bangun dalam industri yang dilaluinya sebelum ini.

Selain itu, pelakon drama Dalil Cinta dan Qasidah Buat Laila ini sedang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.

“Saya akan mengurangkan kerja dalam bidang seni mulai tahun depan. Tetapi tidaklah saya mahu berhenti berlakon secara drastik.

“Saya mahu mengingatkan diri-sendiri dan rakan artis lain supaya sentiasa berpijak di bumi nyata.

“Saya tidak malu mengatakan bahawa populariti dan permintaan ada turun naiknya. Jadi saya perlu fikirkan perancangan masa depan,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Saya tekad dan muktamad untuk mengurangkan terima tawaran berlakon kerana kerja itu memerlukan komitmen masa yang tinggi.

“Saya lihat industri seni banyak merampas hidup peribadi dan prejudis terhadap saya.”

Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi cerita tentang perniagaan yang diceburinya. Mungkin selepas dua hingga tiga bulan lagi baru akan dimaklumkan.

“Saya sudah mempunyai rangka perniagaan dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Selain itu, saya telah mempunyai beberapa orang rakan kongsi yang mahir dalam bidang masing-masing,” jawabnya.

sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates