All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, December 1, 2010

Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.

“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka,” katanya.

sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates