All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, November 11, 2010

Kenapa Siti Nurhaliza Tak Hadir Pernikahan Saerah?

12 NOV 2010: Sungguhpun terkejut dengan berita adik penyanyi Dato' Siti Nurhaliza iaitu Saerah telah pun berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, namun Murai Batu tetap nak ucapkan tahniah kepada penyanyi ini kerana selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka bernama Saiful Anuar yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Dengarnya, hubungan Saerah dan suaminya itu telah pun mencecah 2 tahun yang mana sewaktu orang heboh dok kata Saerah sibuk bercinta dengan penyanyi dari Singapura iaitu Imran Ajmain, rupa-rupanya mereka dah lama berkenalan.

Malah,Murai Batu dapat tahu, si kakak Saerah yang sorang lagi , Saida yang baru saja selesai dengan kes rumah tangga pun tidak dapat nak menghidu kisah percintaan Saerah. Biarlah rahsia, katanya...

Difahamkan, sebelum berkahwin, Saerah ni memang banyak kawan lelaki sehingga keluarga pun tak dapat tahu yang mana satu yang betul-betul serius dengan Saerah sehinggalah dia ambil keputusan nak kahwin dengan Saiful Anuar.

Apapun, Murai Batu diberitahu, sewaktu majlis nikah yang diadakan di kampung Siti Nurhaliza iaitu di Lipis, semua adik beradik Saerah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan tersebut.

Pun begitu, Murai Batu dimaklumkan, kakaknya, Siti Nurhaliza seorang saja yang tidak hadir. Hai kenapa pulak? Bukan ke Siti sangat rapat dengan Saerah?

Dengarnya, sewaktu majlis diadakan, Siti ada terlibat dengan satu majlis yang tidak dapat dielakkan. Yelah, dah nama pun penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu jadual Siti telah pun ditetapkan dari awal.

Yang penting, walau macam mana sekalipun, Murai Batu nak juga dengar dari pengakuan Saerah sendiri kenapa dia mahu merahsiakan perkahwinannya. Setidak-tidaknya, Saida dan pengurus Siti, Rozie yang juga kakak iparnya telah pun memberikan mengesahkan tentang berita pernikahannya itu. Bagaimana pual dengan tuan empunya diri?

Nampaknya media kena tunggulah jawapan Saerah selepas dia balik dari berbulan madu di sebuah pusat percutian yang indah di Johor.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates