All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, November 7, 2010

Engku Emran dan Erra masih bahagia selepas tiga tahun berkahwin

Engku Emran dan Erra masih bahagia selepas tiga tahun berkahwin

HANYA kerana kelibat suami kepada aktres jelita Erra Fazira tidak kelihatan pada pementasan muzikal Tun Mahathir, timbul spekulasi mengatakan rumah tangga pasangan selebriti itu sedang bergolak.

Gosip itu bertambah kencang apabila sekali lagi Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak kelihatan menemani isterinya pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang berlangsung baru-baru ini.
Bayang Emran yang kononnya tidak kelihatan pada kedua-dua acara besar itu semakin rancak dijadikan ‘modal’ oleh pemfitnah untuk mengukuhkan lagi bukti mereka yang kononnya pasangan itu pernah mendapatkan khidmat kaunseling di mahkamah bagi memulihkan hubungan rumah tangga mereka yang diuji badai.

Dihubungi baru-baru ini, suara Emran yang kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV, kedengaran cukup tenang di hujung talian. Lelaki yang berjaya menambat hati primadona filem Melayu itu ternyata cukup profesional, tanpa sedikit pun cuba ‘melarikan diri’. Panggilan telefon laju diangkat dan sebaik memperkenalkan diri, Emran bagai sudah mengagak soalan yang akan diajukan.

Dalam suara keletihan gara-gara sibuk merangka strategi baru untuk saluran yang dikemudi sejak setahun lalu, Emran bersedia menjawab segala spekulasi. Bagaimanapun dia meminta jasa baik Hip supaya menghormati permintaannya agar tidak menulis beberapa perkara yang disifatkan boleh mendorong kepada fitnah yang lebih hebat.

“Saya tak marah dan kami juga tak melatah. Ini pun bukan kali pertama rumah tangga kami difitnah sedemikian rupa. Saya menganggap gosip yang dimainkan oleh media sebagai teguran. Nampaknya selepas ini saya harus menemani isteri ke mana saja acara supaya rumah tangga kami tidak dituduh bermasalah.
“Mungkin kerana wajah saya tiada pada majlis pratonton pementasan itu, menyebabkan orang menyangka rumah tangga kami benar-benar bermasalah. Saya sebenarnya ada menonton pementasan itu sekali kerana saya tahu, isteri amat mengagumi Tun Dr Mahathir. Ketika saya pergi, pihak produksi mengundang Tun Dr Siti Hasmah sebagai tetamu khas, tetapi media tak diundang sama.

“Bagaimanapun saya ada terserempak dengan seorang pengarang hiburan sebuah akhbar pada hari itu. Dia sendiri agak terkejut apabila keluar laporan di sebuah akhbar mingguan mengatakan saya langsung tidak memberi sokongan kepada isteri. Sebaik terbaca laporan itu, dia terus menghubungi saya,” kata Emran.

Sebagai seorang CEO, tentu sekali jadual kerja Emran amat sibuk. Bebanan tugas yang banyak juga menjadi antara punca kenapa dia tidak boleh selalu berada di Istana Budaya memberi sokongan kepada Erra.

Pada masa sama juga kata Emran, ketiadaan pembantu rumah mereka yang sedang bercuti juga menyebabkan kehidupan mereka menjadi kelam kabut. Dia terpaksa bergegas pulang ke rumah lebih awal untuk menjenguk puteri sulung mereka Engku Aleesya yang kini berusia setahun tujuh bulan.

“Saya dan Erra terpaksa bergilir-gilir menjaga Aleesya kerana ketika itu pembantu rumah kami pulang ke kampung. Memandangkan Erra sibuk dengan pementasan Tun Muzikal pada ketika itu, saya perlu pulang cepat ke rumah untuk menjaga anak kami.

“Kadang kala kami terpaksa meminta bantuan daripada kedua-dua ibu kami atau teman rapat untuk menjaga Aleesya sekiranya kami berdua sibuk. Ketika FFM berlangsung baru-baru ini pula, saya tak dapat hadir kerana faktor kerja.
Lagipun isteri saya pergi sebagai penyampai anugerah, bukannya bertanding. Sekiranya isteri saya bertanding, tentulah saya akan pergi untuk memberikan sokongan kepadanya.

“Walau bagaimanapun dakwaan mengatakan kami berdua mendapatkan khidmat kaunseling tidak benar sama sekali. Mungkin orang yang mereka nampak seakan-akan dengan kami,” kata Emran lagi.

Ketika berita mengenai pergolakan rumah tangga dipaparkan, pasangan itu pada hakikatnya sedang berkumpul di rumah keluarga Emran yang sememangnya sudah menjadi rutin mereka setiap minggu.

Emran memberitahu, dia dan Erra tidak terkejut sebaik saja terbaca berita itu. Mereka juga nyata tetapi kurang selesa apabila keluarga dipaparkan dengan cerita tidak benar. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ibunya yang tidak begitu sihat.

“Saya faham dengan tugas wartawan, tetapi cerita seperti itu tidak begitu enak. Lebih-lebih lagi emak saya pun tak berapa sihat, dia jenis yang cepat risau. Jadi saya bimbang cerita seperti itu akan mempengaruhi keadaan kesihatannya.

“Alhamdulillah sepanjang tiga tahun berkahwin, rumah tangga kami masih lagi okey dan kami juga masih bahagia,” kata Emran menjelaskan segala-gala.


Info:

* ENGKU EMRAN dan Erra bertunang pada 7 September 2007 setelah beberapa bulan bercinta. Emran berkata, tarikh pertunangan ini dipilih atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak dan pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas sembilan

* PASANGAN selebriti ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 dalam acara yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, di hadapan 400 tetamu.

* PADA 30 Mac 2009, Erra selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Engku Aleesya Engku Emran di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, pada jam 11.40 pagi.

* NOVEMBER tahun lalu, gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini goyah muncul di media massa. Namun Erra tampil menafikan khabar angin kononnya wujud orang ketiga dalam hubungan mereka berdua.

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates