All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, November 12, 2010

Akhirnya Aktres Raja Farah Selamat Diijabkabulkan

KUALA LUMPUR, 12 NOV 2010: Biarpun telah dilemparkan dengan pelbagai tohmahan serta tuduhan buruk ke atas dirinya sebelum menjelangnya hari bahagianya, namun ia tetap tidak menghalang niat pelakon Kau Dan AKu 2, Raja Farah Raja Aziz , 22, untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25.

Malah, hanya dengan sekali lafaz sahaja , Raja Farah telah pun selamat diijabkabulkan bersama Megat Bashirun di kediamannya yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam lebih kurang jam 11 pagi tadi.

Raja Farah yang diwalikan oleh ayahnya, Raja Aziz Raja Ngah terus mengalirkan air mata kegembiraan sebaik saja dirinya telah sah menjadi isteri kepada Megat Bashirun.

Selain bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi, sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya turut melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada pagi itu.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.

Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Raja Farah berkata, dia tidak menolak kemungkinan bahawa jodoh yang begitu kuat terhadap suaminya menyebabkan dirinya terus tabah untuk meneruskan pernikahan itu tanpa menghiraukan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Saya akui ia terlalu cepat tapi saya yakin semuanya sudah ditakdirkan dan Megat adalah jodoh saya. Apa yang boleh saya katakan usia dan waktu bukan persoalannya , namun apa yang penting adalah keserasian dan ia sudah cukup membuktikan bahawa dia adalah jodoh saya.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini, cerita yang mengatakan saya hamil sebelum nikah adalah fitnah semata-mata. Sudah beberapa kali saya beritahu itu semua tidak benar tetapi ia masih lagi disebarkan. Sedikit sebanyak ia nyata mampu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.

"Saya cuma nak ucap tahniah kepada yang pembawa cerita itu kerana di sebabkan cerita itu, ia telah berjaya mengkucar-kacirkan hubungan keluarga saya dan juga keluarga pihak lelaki.

"Saya akui saya lemah dan hampir putus asa padamasa itu, namun atas dorongan dan sokongan daripada suami serta keluarga, akhirnya saya temui kekuatan dan dapat melupakannya ," jelasnya yangkelihatan anggun mengenakan persalinan serba putih serta bertatahkan berlian biru yang ditaja khas oleh Syahrir Nurdin.

Dalam pada itu Megat yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu, dia terpikat dengan Raja Farah kerana rupa serta karektor yang dimilikinya itu.

"Pertama sekali, bohonglah saya kalau saya katakan yang saya sukakannya bukan kerana rupa kerana dia seorang yang comel dan manis bagi saya. Karektornya yang sentiasa ceria itu juga telah membuatkan hati saya rasa sangat bahagia setiap kali berjumpa dengannya," kata Megat.

Manakala bagi Raja Farah pula, dia terpikat dengan Megat kerana keperibadian serta pegangan agama yang ada pada lelaki itu.

"Dia seorang yang kuat berpegang pada agama di mana saya dapat rasakan dia seorang yang boleh membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. Dia juga sangat memahami kerjaya saya serta sentiasa menjaga hati saya," tambahnya akan menyambung semula kerjaya seninya pada Ahad ini.

Pasangan ini juga dijangka akan mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan dan telah merancang destinasi berbulan madu ke Sipadan, Sabah dan juga Rajah Ampat, Indonesia pada Januari 2011.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates