All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, November 7, 2010

401 rakyat Malaysia selamat tiba

38 pelajar perubatan jalani latihan praktikal, klinikal kekal di Yogyakarta

SUBANG: Seramai 401 rakyat Malaysia termasuk 378 pelajar di Yogyakarta yang terjejas akibat letusan Gunung Merapi di Indonesia, selamat tiba di tanah air malam tadi dengan tiga pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pelajar dan rakyat Malaysia yang kelihatan letih itu tiba jam 7.55 malam di Pangkalan Udara TUDM Subang dengan disambut Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay serta ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka menerusi penerbangan ihsan itu sejak petang semalam.
Semua pelajar yang dibawa pulang itu adalah penuntut di empat institusi pengajian tinggi di Yogyakarta iaitu Universiti Gajah Mada, Institusi Seni Indonesia, Poli Seni dan pelajar tahfiz di Pesantren, Magelang yang diberikan cuti sehingga 13 November ini.

Kohilan berkata, seramai 38 pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Gajah Mada masih berada di Yogyakarta yang sudah diselaputi debu daripada letusan terkuat Gunung Merapi, Jumaat lalu.

Katanya, pelajar terbabit mengambil keputusan untuk terus tinggal di wilayah itu kerana sedang menjalani latihan praktikal dan klinikal di beberapa hospital termasuk membantu pesakit dan mangsa akibat bencana.

“Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus memantau perkembangan mereka dan akan sentiasa memberikan nasihat termasuk membawa mereka pulang jika keadaan bertambah buruk,” katanya.
Kohilan berkata, kerajaan mengambil keputusan membawa pulang pelajar Malaysia di Yogyakarta selepas debu akibat letusan itu sampai ke kawasan berkenaan walaupun ia terletak 30 kilometer dari Gunung Merapi.

“Operasi pemindahan dan membawa pulang pelajar dari Yogyakarta dibuat selepas letusan terkuat Khamis lalu yang mengakibatkan ramai mangsa terbunuh.

“Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia memberitahu kawasan tidak selamat dalam lingkungan 20 kilometer dari Gunung Merapi, selepas Yogyakarta yang terletak 30 kilometer dari kawasan itu turut terjejas, kita mengambil keputusan membawa pulang pelajar,” katanya.

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates