All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, October 12, 2010

Sheila: Sakti Delima Tampilkan 6 Wanita Bertudung

12 OKT 2010: Baru-Baru ini, Murai Batu berkesempatan berjumpa dengan aktres Sheila Rusly. Amboi, sejak bergelar hajah, memang makin berseri-seri muka kak Sheila Rusly kita ni.

Murai Batu pun ambillah kesempatan tanya perkembangan terbaru kak Sheila. Katanya, dia bakal menerbitkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Sakti Delima dan penggambarannya dah pun bermula sejak hari Ahad yang lalu.

Apa yang menarik, dalam drama bersiri Sakti Delima ni, Kak Sheila khabarnya telah menampilkan 6 artis wanita yang betul-betul bertudung. Mereka adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim serta dirinya sendiri.

Alasannya adalah kerana dia mahu menaikkan martabat serta golongan wanita yang betul-betul memakai tudung.

Apa yang menarik dalam drama ini, kesemua 6 wanita bertudung ini akan tampil dengan kuasa sakti masing-masing. Ada yang jadi jahat dan ada jugak yang jadik baik.

Itu sajalah yang Murai Batu tahu. Nanti MUrai Batu akan update lagi tentang perkembangan drama ini dari masa ke semasa. Tapi, apa yang Murai Batu diberitahu, drama bersiri ini akan dihasilkan sebanyak 20 episod untul slot Lagenda di TV3.

Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kemunculan drama bersiri Sakti Delima inikan?


sumber : wwww.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates