All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, October 12, 2010

Maria Farida Intim Dengan Pelakon Muda


KL, 12 OKT 2010: Amboi, amboi, amboi...Ingat lagi Murai Batu dengan 'statement' Maria Farida dalam program gossip Azwan Ali tak lama dulu yang dia hanya akan mencari jejaka yang mampu membelikannya sebuah pulau.

Di mana berakhirnya impian Maria itu?

Itulah namanya cinta. Bukankah cinta itu buta? Akhirnya cinta Maria jatuh ke tangan seorang pelakon muda lagi kacak Shahz Jaszle,22 . Khabarnya sekarang mereka berdua tengah hangat bercinta macam nak rak.

Kepada siapa yang tak kenal siapa Shahz, dia pernah berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana. Segak orangnya, memang jambu.

Eh! Kalau tak silap Murai Batu bukankah sebelum ini Shahz pernah dikaitkan dengan seorang personaliti TV bernama Shera Aiyob,24?

Entah apa sudah terjadi dengan hubungan mereka berdua ya. Murai Batu tak nak masuk campur. Asalkan Maria bukan puncanya sudahlah.

Apa yang pasti sekarang, antara Maria dan Shahz, mereka sama-sama sedang dibuai asmara. Sehingga Murai Batu dapat tahu pelakon lelaki berkenaan dengan tidak segan-silu mempamerkan foto mereka berdua untuk dijadikan gambar profile di dalam BlackBerry Messenger (BBM) miliknya.

Lihat sajalah foto yang Murai Batu dapat ini? Mesra kan? Kalau nak berdolak-dalih lagi, tak tahulah macama mana Murai Batu nak cakap.

Murai Batu difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas sama-sama bertemu dalam sebuah drama terbitan Global Network Sdn Bhd . Tak payahlah Murai Batu cakap drama apa, sebab Murai Batu sendiri pun belum berpeluang menontonnya.

Tapi apa yang pasti daripada gerak geri, bicara dan bahasa badan mereka berdua, memang jelas kelihatan mereka sedang bercinta.

Malah, keintiman mereka juga dapat dilihat oleh orang sekeliling. Alah....Murai Batu faham macam mana perasaan orang bercinta, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Begitulah keadaan mereka.

Murai Batu rasa, sudah tiba masanya Maria memikirkan soal masa depan. Tak kisahlah jika Shahz jauh lebih muda daripadanya, sebab ramai juga selebriti yang berakhir di jinjang pelamin meskipun kekasihnya jauh lebih muda.

Mudah-mudahan perkhabaran yang Murai Batu dapat ini benar. Yalah sebab sekarang ini ramai sungguh artis yang saja reka cerita. Yalah nak tutup status sebenar. Ada yang nak tutup bahawa dia sudah berumah tangga secara diam-diam, ada juga yang nak tutup, tapi dia sebenarnya suka sesama jenis.

Bab propa ini, biarlah Murai Batu berikan kepada Miss Propa. Biar dia membuat siasatan lebih lanjut.


sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates