All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, October 21, 2010

Nana XFM Selamat Lahirkan Althea Raqeem Brian

21 OKT 2010: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada penyampai radio XFM iaitu Norhana Che Mahazan atau Nana kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan bernama Althea Raqeem Brian.

Murai Batu dapat tahu, Nana telah bersalin secara normal di Hospital Sunway pagi tadi iaitu kira-kira jam 11.21 pagi tadi.

Difahamkan, Nana telah ditahan wad bersalin hospital berkenaan pada lewat tengah malam tadi. Apapun, selepas bersalin, keadaan Nana dilaporkan stabil dan dia masih lagi ceria menyambut kedatangan kawan-kawan yang hadir melawatnya.

Apa yang pasti, pasangan Nana dan Raqeem bersyukur kerana telah dikurniakan bayi comel bernama Althea yang beratnya mencecah 2.71 kilogram.

Murai Batu turut diberitahu, sepanjang berada di wad bersalin, suaminya Brian yang juga petugas di salah satu stesen radio di bawah bumbung AMP Radio Network sentiasa berada di sisi isterinya itu.

Yang penting, sehingga saat ini, Nana tidak putus-putus menerima kunjungan dari rakan-rakan penyampai radio di AMP termasuklah rakan DJ yang digelar best friend Nana iaitu Fara Fauzana.

Murai Batu juga dimaklumkan, Nana turut memohon maaf kerana tidak dapat memberi kebenaran pihak lain menyiarkan foto anaknya itu kerana dia mahu menjadi orang yang pertama menyiarkan gambar berkenaan dalam blog peribadinya.

Jadi, Murai Batu dan semua peminatnya terpaksalah menunggu saat itu. Apapun, menurut sumber terdekat Nana yang telah datang melawatnya, wajah anaknya iitu memang nampak comel sangat, macam wajah ibu dan bapanya.

Tahniah sekali lagi dari Murai Batu dan seluruh warga murai.com.my. Semoga Nana sihat dan menjalani saat manis selepas bergelar ibu ya.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates