All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 17, 2010

Canon lebih berprestasi

SHAH ALAM – Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) akan memperkenalkan empat model kamera terbaru dalam kategori PowerShot tidak lama lagi Pengenalan empat model PowerShot terbaru iaitu siri G12, SX30 IS, S95, SX 130 IS itu bertujuan untuk menggantikan model sedia adanya iaitu G11, SX20 IS, S90 dan SX120 IS.

Timbalan Pengarah Bahagian produk komunikasi pengimejan Canon, Simon Wong berkata, pengenalan produk terbaru itu akan membantu pihaknya mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam segmen kompak.

“Empat model ini dengan saiz lebih nipis bertujuan memenuhi permintaan pengguna yang mahukan sebuah kamera yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi terkini, berprestasi tinggi dan mengetengahkan kualiti gambar terbaik,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Model PowerShot G12 ditawarkan pada harga RM1,899 seunit, PowerShot S95 (RM1,549), PowerShot SX30 IS (RM1,699) manakala PowerShot SX130 IS pula adalah pada harga RM899 setiap satu.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates