All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, September 20, 2010

Ujian DNA belum siap

KUALA LUMPUR - Harapan untuk mengetahui identiti pemilik serpihan tulang yang ditemui di tiga buah sungai di Ladang Gadong, Banting dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki masih kabur apabila polis masih belum menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Keputusan tersebut yang sepatutnya diketahui semalam tidak dapat dihebahkan kepada umum berikutan polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang masih mengemaskini ujian tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, setakat semalam, pihaknya masih belum menerima apa-apa keputusan berkenaan serpihan tulang yang dipadankan dengan ahli keluarga keempat-empat mangsa.

"Ujian DNA itu masih belum selesai. Polis tidak boleh memaksa mereka (Jabatan Patologi) untuk menyiapkan laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Mohd. Bakri memberitahu, keputusan itu akan diketahui dalam tempoh empat hari iaitu semalam selepas kesemua sampel yang diambil dipadankan dengan ahli keluarga mangsa.

Bagaimanapun menurut beliau, keputusan itu mungkin dilanjutkan sekiranya pihak berkenaan memerlukan pemeriksaan rapi.

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates