All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, September 20, 2010

Ayu Raudhah, Zaquan disahkan kahwin Januari 2011

SEREMBAN 20 Sept. - Penyerang bola sepak sensasi kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak, 22, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 25, pada Januari tahun depan.

Perkara itu disahkan oleh bapanya sendiri, Abd. Radzak Salleh, 61, yang memberitahu, hubungan pasangan itu telah direstui oleh kedua-dua keluarga.

Menurutnya, kedua-dua pihak kini sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan pernikahan mereka.

''Tentang hubungan Zaquan dan Ayu memang kedua-dua keluarga sudah maklum dan kami merestui hubungan mereka, jika ada jodoh antara mereka berdua, insya-Allah akan dilangsung pada awal tahun depan.

''Setakat ini masih belum ada tarikh yang muktamad, saya sebagai orang tua (ketua keluarga) akan bertemu dengan keluarga Ayu untuk membincangkan lebih lanjut tentang perkara itu," katanya ketika dihubungi sini hari ini.

Jelas bapa kepada pemain kembar skuad Negeri Sembilan itu, berita perkahwinan Zaquan itu tidak akan dirahsiakan.

''Kami tidak sorok kepada sesiapa termasuk media kerana kisah mereka pun dah banyak kali disiarkan di dalam majalah dan akhbar," ujarnya.

Abd. Radzak berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tabloid tempatan hari ini yang melaporkan tentang perkahwinan pasangan itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pada keluaran 23 Ogos lalu turut melaporkan keluarga Zaquan mengakui mereka merestui hubungan Zaquan dengan Ayu.

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates