All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati Lawiya Mati Dibakar

Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tanjung Sepat

2010/09/12

BANTING: Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat, dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terbabit dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Sehingga kini keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, 47, belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak polis berikutan penemuan empat mayat di senuah ladang ternakan di Teluk Gadong, dekat Tanjung Sepat, Morib.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan ibu saya, jika kemungkinan itu benar (mayat Sosilawati), kami sekeluarga reda dengan ujian itu,” katanya ketika mengadakan sidang media di rumahnya di Taman Harmonis, sebentar tadi.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100 meter dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam. Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar.

Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu
ditemui di Tanjong Sepat.

“Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.

Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

sumber : bernama

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates