All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, September 14, 2010

Muhyiddin kutuk pembunuhan Sosilawati




KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengutuk perbuatan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya semalam berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian."

Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang dan berharap kaum keluarga mangsa terbabit tabah menghadapi tragedi itu.

"Saya berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. Insya- Allah. Amin Ya Rabbal Amin," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates