All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, September 17, 2010

Siti tidak hamil


KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2010: Bukan hamil tetapi keputusan penarikan diri penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza untuk mengadakan konsert sempena Hari Malaysia dan rumah terbuka Aidilfitri di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 September ini adalah atas nasihat doktor.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Siti melalui kakak iparnya Rozi Abdul Razak ketika dihubungi murai.com.my berkata, Siti telah diberikan surat daripada doktornya supaya dinasihatkan berehat selama 2 minggu sebelum kembali aktif.

Oleh yang demikian, semalam Siti telah memaklumkan dan menunjukkan sendiri surat doktor berkenaan kepada kerajaan Pulau Pinang bagi mengelakan sebarang kesulitan mahupun salah sangka berhubung penarikan dirinya itu.

Malah Rozi menambah, alasan penarikan diri berkenaan bagaiamanapun tidak ada kena mengena langsung dengan diri penyanyi itu yang dikhabarkan sedang hamil.

"Keputuasan yang dibuat Siti itu tidak ada kaitan langsung dengan khabar yang mengatakan dia sedang mengandung. Bagaimanapun saya nafikan, sebagaimana semua sedia maklum Siti dan suami (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) masih sedang berusaha ke arah itu," katanya ketika dihubungi.

Menerusi konsert muhibah berkenaan, Siti sepatutnya membuat persembahan selama 1 jam di Stadium Bandaraya bersama-sama 12 lagu terbaiknya bagi menghiburkan penonton serta peminatnya yang datang dari berbilang kaum.

Khamis lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan pembatalan konsert Siti yang dijadualkan berlangsung sekitar jam 8 malam di stadium berkenaan. Pembatalan itu menyebabkan keseluruhan acara pada tarikh berkenaan juga terpaksa dibatalkan.

Rozi berkata, ini adalah pertama kali Diva Pop kesayangan ramai itu menarik diri daripada membuat persembahan mahupun konsert sepanjang lebih 15 tahun beliau menghambakan diri dalam dunia hiburan.

Sehubungan dengan itu kata Rozi, penyanyi yang mula popular dengan lagi Jerat Percintaan itu melahirkan rasa kesal serta mememohon maaf dengan penarikan dirinya itu dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

"Sememangnya, jauh di sudut hati Siti dia terlalu kecewa apabila tidak dapat meneruskan konsert berkenaan. Kerana apa yang terjadi adalah sesuatu yang tidak dijangka sama sekali.

"Bagaimanapun Siti perlu akur dengan nasihat doktor yang menginginkannya berehat dari sebarang aktiviti sehingga tiba masanya. Buat masa ini Siti akan berehat daripada membuat sebarang persembahan.

"InsyaAllah, apabila keadaan kesihatannya kembali pulih, Siti akan kembali menyanyi semula dalam bulan Oktober nanti. Di harap peminat akan sentiasa menyokong Siti," katanya.


sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates