All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, September 17, 2010

Siti Nurhaliza Minta Maaf, Akur Nasihat Doktor

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin,32, memohon maaf kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan seluruh peminatnya kerana tidak dapat menjayakan konsert sempena Hari Malaysia di negeri itu pada 25 September ini.

Siti yang dihubungi mStar Online, Khamis berkata, dia terpaksa mematuhi nasihat doktor yang tidak membenarkan beliau bergiat aktif ketika sedang melakukan rawatan bagi mendapatkan anak.

“Kalau nak ikutkan memang saya sudah bersetuju untuk menjayakan konsert itu tetapi beberapa hari lalu doktor telah menasihatkan saya untuk tidak aktif menyanyi sebaliknya perlu banyak berehat.

“Selepas pulang daripada mengerjakan umrah sebulan lalu, saya selalu berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan doktor telah memaklumkan kepada saya tarikh 25 September itu bukanlah masa yang elok untuk saya membuat persembahan,” katanya.

Penyanyi itu mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada Khamis mengumumkan pembatalan konsert Siti yang dijadualkan selama dua jam di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 September ini.

Pembatalan itu menyebabkan keseluruhan acara pada tarikh berkenaan terpaksa dibatalkan.

Pihaknya kata Lim turut menerima surat pengesahan pakar dari pusat perubatan berkenaan yang menyatakan Siti tidak boleh banyak bergerak atau terlibat dengan apa-apa aktiviti kesenian kerana melalui rawatan kehamilan.

Berikutan itu kata Lim pihak Siti Nurhaliza Production telah memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM60,000 yang telah diambil sebelum menjayakan konsert berkenaan.

Kata Siti dia bukan sengaja untuk berbuat demikian sebaliknya terpaksa mengikut nasihat doktor.

“Saya akan berehat sehingga hujung bulan ini dan membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa tawaran dan undangan aktiviti seni. Untuk bulan depan, saya belum membuat apa-apa perancangan lagi. Semuanya bergantung kepada keadaan dan kesihatan saya serta nasihat doktor,” tambah penyanyi lagu Di Taman Teman itu.

Sementara itu, suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa berkata dia dan Siti sedang mencuba untuk mendapatkan anak.

Lantas, doktor menasihatkan Siti agar banyak berehat dan tidak terlalu aktif menyanyi. Ini kerana, jika isterinya banyak berehat, peluang untuk hamil lebih cerah.

Namun kat beliau, segala-galanya adalah ketentuan Allah dan mereka sentiasa berdoa agar dikurniakan anak secepat mungkin.


sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates