All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, September 26, 2010

Blake mahu ramai anak


BLAKE LIVELY


BINTANG drama rantaian Gossip Girl, Blake Lively barangkali kelihatan amat diva menerusi wataknya sebagai Serena Van der Woodsen.

Namun dalam kehidupan di luar layar glamor, kata pelakon ini kepada majalah Allure edisi Oktober, dia hanya menjalani sebuah kehidupan yang normal.

Malah katanya, dia mempunyai impian untuk memiliki banyak anak, sama seperti keluarganya. Sebagai anak bongsu daripada lima beradik, dia mahu mempunyai ramai anak apabila sudah berkahwin.

"Saya mahu banyak anak," ucap bintang berusia 23 tahun ini kepada majalah Allure dengan penuh teruja.

Bagaimanapun sewaktu ditanya adakah impian mempunyai anak ramai dan keluarga besar itu akan dibina bersama kekasihnya, Penn Badgley, Blake enggan memberi sebarang komen.

Menurut Blake: "Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan terhadap hubungan saya."

Sedang sibuk menjalani promosi filem terbarunya, The Town, Blake juga bercakap tentang dunia seni yang semakin menjadi akrab dengan dirinya.

"Mahu menjadi pelakon dengan mahu menjadi terkenal adalah dua hal yang berbeza. Saya sedang menjalaninya dengan sebaik mungkin.

"Tapi pada masa akan datang, saya sebenarnya mahu membuka rangkaian restoran di seluruh dunia," katanya yang memasuki kelas memasak dan banyak mempelajari tentang jenis makanan luar sebagai persediaan membuka restoran apabila tiba waktunya nanti.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates