All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, September 2, 2010

25 lebuh raya beri diskaun tol sempena raya

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya akan memberikan pelbagai insentif termasuk diskaun tol bermula dari 3.33 peratus sehingga kadar percuma kepada semua jenis kenderaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu diambil sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat selain merupakan satu kaedah menyuraikan trafik setiap kali musim perayaan.

“Dengan memberikan diskaun dan tol percuma, lebih ramai pemandu akan menggunakan lebuh raya pada masa bukan waktu puncak dan seterusnya mengurangkan kesesakan,” katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Kementerian Kerja Raya 2010 di sini semalam.

Shaziman berkata, hanya dua buah syarikat konsesi memberikan diskaun pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu tetapi ia meningkat kepada 25 buah tahun ini.

Katanya, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut berhubung diskaun bayaran tol berkenaan boleh melayari laman web Kementerian Kerja Raya di www.kkr.gov.my.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates