All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, August 31, 2010

Rexy tetap bangga

ADA nota negatif di sebalik pandangan positif jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky.

BALAS...Kien Keat (tengah) dan   Boon Heong (kanan) mengembalikan serangan pasangan China, Cai Yun dan Haifeng (kiri) pada final, kelmarin.
BALAS...Kien Keat (tengah) dan Boon Heong (kanan) mengembalikan serangan pasangan China, Cai Yun dan Haifeng (kiri) pada final, kelmarin.
Berpuas hati dengan persembahan keseluruhan anak buahnya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang sekadar muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Dunia berakhir kelmarin di Paris, menimbulkan persoalan.


Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang dipamerkan Kien Keat-Boon Heong pada perlawanan akhir menentang penyandang juara, Cai Yun-Fu Haifeng dari China.


Jika kesilapan itu dapat diminimumkan, mungkin mereka mampu menamatkan kemarau kejuaraan negara pada Kejohanan Badminton Dunia.


“Saya agak gembira dan bangga kerana mereka akhirnya kembali mempamerkan karektor sebenar seperti sebelum ini. “Mereka menunjukkan semangat juang kental dan saya menikmati apa yang mereka lakukan. “Ini sesuatu yang sudah lama tidak kita saksikan,” katanya.


Rexy mengharapkan Kien Keat-Boon Heong menjadi lebih mantap dan terus memandang jauh ke depan bagi menghadapi kejohanan utama selepas ini termasuk Sukan Komanwel New Delhi (Oktober), Sukan Asia Guangzhou (November), Kejohanan Dunia (tahun depan) dan Sukan Olimpik 2012, kedua-duanya di London.


“Kami akan duduk berbincang bersama dan menganalisa semula apa yang berlaku di sini dan bekerja keras bagi memantapkan persembahan mereka. “Mereka berdepan banyak cabaran selepas ini.


“Saingan dalam acara beregu lelaki masih terbuka dan kami akan mempersiapkan Koo dan Tan untuk menjadikan mereka lebih bersedia dan mantap berbanding beregu lain menjelang Sukan Olimpik. Itulah sasaran terbesar kami selepas ini.” Rexy bagaimanapun nyata gusar dengan peningkatan pasangan beregu muda China, Chai Biao-Zhang Nan dan Guo Zhendong-Xu Chen - selain beregu muda Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong.


Mereka dijangka menjadi antara penghalang utama impian Malaysia untuk melakar sejarah meraih pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012 seandaiknya beregu veteran mengundur diri.


sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates