All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, August 31, 2010

Hoki: Malaysia julang gelaran di Paris

SKUAD hoki negara akhirnya berjaya merasai nikmat bergelar juara di pentas antarabangsa apabila menjulang gelaran Kejohanan Hoki Cabaran Lima Negara di Paris selepas menewaskan Perancis 4-2 kelmarin, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

Kejayaan ke atas tuan rumah, Perancis pada aksi terakhir itu mengesahkan gelaran pertama buat Malaysia sejak 2005 selepas pencabar terdekat, Scotland tumpas 0-2 kepada Ireland dalam satu lagi perlawanan sebelum itu.

Biarpun gembira dengan aksi anak-anak buahnya kelmarin, jurulatih negara, Stephen van Huizen tetap enggan dibuai dengan kejayaan pertama di pentas antarabangsa sejak dia mula dilantik sebagai pengendali bersama Tai Beng Hai pada Mei tahun ini.

"Sudah pasti sesuatu yang menggembirakan apabila kita berjaya memenangi satu kejohanan.

"Kejayaan pertama ini juga mampu menguatkan lagi keyakinan pemain menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia," kata van Huizen kelmarin.

"Pemain menunjukkan aksi yang lebih baik menen- tang Perancis berbanding tewas 1-4 kepada Ireland sebelum ini. Mereka juga mempamer komitmen yang tinggi dan mengasak dengan baik.

"Kekalahan kepada Ireland telah menyedarkan pemain bahawa mereka harus lebih konsisten dan tidak memandang mudah lawan dalam setiap perlawanan.

"Jadi dari segi komitmen dan kekuatan mental, saya rasa ia suatu pengajaran yang baik bagi pemain kita dan diharapkan ia kekal dalam diri mereka pada dua temasya besar hujung tahun ini."

Pada aksi kelmarin, Hafi- fihafiz Hanafi sekali lagi beraksi cemerlang dengan meledakkan dua gol sebelum Izwan Firdaus dan Muhd. Razie Rahim melengkapkan kemenangan skuad negara.

Perancis pula menjaringkan gol menerusi Fabian Magner dan Martin Genestet.

Selepas berakhirnya kejohanan ini, skuad negara akan pulang semula ke tanah air untuk berehat bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum menghadapi Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober dan Sukan Asia di Guangzhou, November depan.

Bagi van Huizen pula, beliau sudah pun dapat mencongak barisan pemain yang akan disenaraikannya pada dua temasya tersebut nanti.

"Secara realistiknya, semua pemain yang beraksi di Paris ini adalah tonggak utama dalam skuad itu nanti. Saya masih perlu memantau situasi beberapa pemain lain yang tidak menyertai jelajah ini," kata van Huizen.

"Bagaimanapun, senarai akhir pasukan ini mungkin berubah kerana ada cadangan supaya menurunkan skuad terkuat di New Delhi nanti. Kita tengok saja nanti selepas perbincangan dengan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) nanti."

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates