All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, September 12, 2011

Johan (Raja Lawak) Sertai 'Riuh Pagi Era'

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menjadi penyampai sambilan di stesen radio Era, Johan (Raja Lawak) memberitahu dia telah ditawarkan sebagai penyampai tetap di stesen radio itu bagi mengendalikan program "Riuh Pagi Era".

Johan yang kini mengendalikan program "Hujung Minggu Di Era" pada setiap Sabtu berkata, tawaran itu dibuat selepas pihak pengurusan berpuas hati dengan gaya penyampaiannya dan respons daripada pendengar.

"Alhamdulillahlah inilah yang dinamakan rezeki daripada Tuhan untuk saya dan keluarga. Pihak pengurusan Era melihat kebolehan dan percaya pada bakat yang saya miliki ketika mengendalikan program tersebut," katanya selepas pratonton filem “Raya Tak Jadi” di sini pada Isnin.

Program "Riuh Pagi Di Era” kini dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Ray dan Haniff bermula pukul enam pagi sehingga 10 pagi.

Teruja dengan tawaran tersebut Johan berkata, mengikut perancangan stesen radio itu, dia bakal memulakan tugas baru bermula November ini atau selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

"Pihak stesen memberikan saya masa dan kelonggaran untuk menyelesaikan semua tawaran berlakon yang telah pun dipersetujui sebelum memulakan tugas di Era," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan memberitahu dia bersetuju bergelar deejay kerana menyedari kerjaya sebagai pelakon tidak akan kekal lama sebaliknya bertugas secara sepenuh masa di stesen radio popular adalah sebagai satu persediaan untuk menghadapi zaman gelap sebagai pelakon.

"Saya adalah ketua keluarga kepada isteri dan anak serta mempunyai tanggungjawab lain. Saya tidak tahu sampai bila boleh bertahan dalam industri ini sebagai pelakon dan pengacara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus hubungannya dengan Zizan Raja Lawak yang dikatakan dingin, Johan berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan baiknya itu.

Katanya khabar angin itu dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan mereka berdua kerana tidak senang dengan keakraban yang terjalin.

"Tidak timbul sama sekali isu saya bermusuhan atau bergaduh dengan Zizan. Itu semua khabar angin malah saya baru sahaja berjumpa dengan dia semalam," ulasnya.


sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates