All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, April 4, 2011

Anak Sangka Faizal Tahir Berada Pejabat

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Faizal Tahir enggan anak-anak menontonnya di televisyen tetapi mahu mereka menganggap dia berada di pejabat setiap kali mengadakan persembahan.

Sebab itu dia memberikan ucapan berbunyi, “terima kasih kepada anak-anak yang tidak menonton saya di televisyen kerana saya tak nak mereka tengok” ketika memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di Arena of Stars, di sini, Ahad lalu.

“Saya memang fikir tidak mahu anak-anak saya menonton saya di televisyen kerana saya nak mereka membesar dalam keadaan normal dan merasakan bapa mereka bekerja di pejabat.

“Tapi suatu hari nanti saya pasti mereka akan tahu juga yang bapa mereka merupakan seorang penyanyi tetapi seboleh-bolehnya saya tak nak beri mereka tengok saya di televisyen,” tegas Faizal yang mempunyai empat orang anak yang berusia antara empat tahun hingga 18 hari.

Bukan sengaja tidak mahu berkongsi kejayaan dengan anak-anaknya, namun jelas Faizal biarlah mereka mencari album cakera padat yang dalam simpanannya kelak.

“Apabila mereka besar nanti, biarlah mereka mencari album saya dalam kotak,” katanya.

Menyentuh tentang kejayaan pertamanya dalam anugerah tersebut, penyanyi lagu Bencinta dan Selamat Malam ini agak terkedu kerana langsung tidak menjangkakan akan menang atas tiket popular.

“Saya rasa seperti tidak percaya dan mengambil masa setengah jam untuk mempercayai kemenangan itu.

“Saya berharap peminat mengundi saya disebabkan muzik dan kualiti. Saya bukan jenis yang akan keluar akhbar setiap masa.

“Peminat saya pun tahu yang saya bukan seorang yang gila publisiti. Saya tidak senang-senang nak muncul di muka depan akhbar dan majalah.

“Kalau ada hal dan perkara yang saya patut sebarkan, baru saya akan muncul. Saya juga tidak keluar dengan pihak media sewenang-wenangnya,” ujarnya yang lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri sambil mencari idea untuk membikin lagu terbaru.


sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates