All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, February 21, 2011

Rasa Diperbodohkan, Azizah Mahzan Berhenti Berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.

Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.

“Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini.

Tambah Azizah, dia kecewa apabila skrip tersebut bukan sahaja tidak berkualiti tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang telah memperlihatkannya sebagai pelakon tidak profesional.

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima mana-mana tawaran selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.

“Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.

“Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.

“Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu,” katanya kesal.

Azizah mahu fokus dengan kehidupan peribadinya dan berhasrat berhijrah ke luar negara.

Katanya, dia juga kecewa dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend dan cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.

“Saya tahu stesen televisyen mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.

“Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata,” katanya.

Jelas Azizah, dia kini mencari rezeki di luar bidang hiburan dan berhasrat untuk berhijrah ke luar negara.

“Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaja, dan kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara,” katanya.

sumber : www.mstar.com

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates