All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, January 21, 2011

Rita Rudaini Tidak Sihat - Aidil Zafuan

ALOR SETAR: Aidil Zaquan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat.

Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.

"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur.

"Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.

Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah.

"Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga diamenjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

"Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi.

sumber : www.mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates