All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, January 27, 2011

Laporan Polis Fasha Sandha Diugut Tidak Ada?

Ekoran daripada kenyataan Fasha Sandha di Twitter bahawa dia pernah menerima SMS berbaur ugutan dan kes tersebut masih dalam siasatan polis, wartawan 999 (Rancangan Jenayah di TV3) a.k.a blogger Mazidul Akmal & Hazrey telah membuat pemeriksaan laporan aktres tersebut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Rujuk artikel :

Menurut Mazidul Akmal melalui blognya ada menyebut:

“Berikutan kenyataan ditulis secara terbuka, saya telah menghubungi pegawai perhubungan awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memeriksa status kenyataan dibuat. Polis tidak sepatutnya ‘menyimpan’ laporan tanpa mengambil tindakan seperti dituntut undang-undang mengikut Kanun Keseksaan.”

Dalam pada masa yang sama, Hazrey menghantar 1 tweet kepada Fasha Sandha berbunyi, “Hi fasha. U mentioned dah report polis? When was that? Apa status investigation? Seksyen? 506 Kanun Keseksaan?” Namun, tiada sebarang balasan daripada Fasha Sandha.

Hazrey menambah lagi, dia telah mendapatkan maklumat dari sumber-sumbernya dan pemeriksaan mendapati tiada satu pun laporan polis dibuat oleh Fasha Sandha atau nama sebenarnya NUR FASHA SANDHA HASSAN. Bagi mengesahkan lagi, daripada tahun 2010-2011 setakat jam 9 malam hari ini (27 Januari 2011), masih tiada lagi rekod yang boleh mengesahkan bahawa satu laporan polis sudah dibuat Fasha Sandha terhadap dakwaan yang mengatakan dia diugut untuk dicederakan.

Jika benar dakwaan Fasha bahawa artis itu diugut untuk dicederakan, polis boleh menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan sebagaimana lazim. Menurut Hazrey, jika benar apa yang dikatakan sumber sumber mengenai tiada laporan polis dari Fasha Sandha, maka dia rasa tidak sesuai untuk artis itu membuat dakwaan bahawa polis sudah menerima laporannya dan ‘menyimpan kes itu lagi’.

Dakwaan seumpama itu boleh menggugat keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa kita namun jika benar ia ‘disimpan’ pihak polis, apakah justifikasi pihak polis ‘menyimpan’ siasatan? Berdasarkan pengalaman, ia sesuatu yang janggal bagi pihak polis untuk ‘menyimpan’ laporan polis.

Harus kita ingatkan, Fasha Sandha merupakan seorang selebriti dan di twitternya sahaja terdapat lebih 50,000 orang yang mengikuti setiap yang ditaip dan dilayarkan ke ruang sembang sosial itu.

Persoalannya, dimanakah laporan polis yang dikatakan oleh Fasha Sandha? Jangan nak propa lebih!

sumber : www.ohbulan.com

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates