All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Friday, January 7, 2011

David Bekcham Lelong Porshe RM3 juta

PEMAIN bola sepak popular, David Beckham telah melelong sebuah kereta mewahnya, Porshe di laman lelongan eBay.

Kenderaan jenis Porsche 911 Convertible Turbo hitam itu kini menjadi rebutan dengan nilai harga bermula serendah kira-kira AS$1.01 juta (RM3 juta).

Jika nilai tersebut adalah bidaan terakhir, bermakna bintang tersebut menerima keuntungan berlipat kali ganda kerana dia membeli kereta tersebut pada tahun 2008 dengan harga AS$100 ribu (RM300,000) dan menambah kos ubahsuai sebanyak AS$50 (RM150 ribu).

Sebelum ini, Beckham berniat untuk menjualnya sendiri, namun akhirnya dia mengambil keputusan menyerahkan urus niaga tersebut kepada seorang jurujual bernama Chequered Flag.

Menurut jurujual tersebut dalam iklan lelongan itu, kereta sport milik Beckham itu mempunyai sejarah tersendiri dan keutamaan adalah kepada peminat bintang bola sepak tersebut.

sumber : www.mstar.com.my

1 comments:

ken said...

rich guy!

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates