All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, December 8, 2010

sein & nana bercerai

SHAH ALAM – Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.

Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak satu pada pukul 2.45 petang semalam selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Nana atau nama penuhnya Noor Diyana Muhammad, 26.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dalam penghakimannya memuji langkah yang dibuat oleh pasangan itu untuk menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik.

“Setelah mendengar tuntutan, fakta kes dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah berterima kasih kepada kedua-duanya kerana mengikut peraturan sebagaimana apabila bernikah, begitu juga bila hendak bercerai,” katanya.


sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates