All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, December 5, 2010

Remy Ishak, Tiz Zaqyah Memang Sah Bercinta?

6 DIS 2010: Murai Batu rasa kisah cinta Remy Ishak ini dah berkali-kali diperkatakan. Jika tahun lalu dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan aktres jelita Maya Karin, tup tup kisah tersebut hilang ditiup angin je.

Kemudian timbul pula kisah cintanya dengan aktres Tiz Zaqyah. Siap ada yang jumpa kononnya mereka berdua telah berpegangan tangan kat Sepang bagi menyaksikan MotoGP. Tapi saat ditanya kepada mereka berdua ini biasalah jawapan klise yang diberi kawan saja.

Jadi rakan-rakan wartawan pun malas nak tanya banyak-banyak, karang dicop tak paham bahasa pula. Tapi kawan baik Murai Batu yang manis bertudung ini memberitahu sebenarnya mereka ini memang sedang 'in' lah orang puteh cakap. Kalau bahasa Melayunya, memang sedang bercinta.

Katanya, dah selalu sangat nampak Remy ini mengambil dan menghantar Tiz ke mana-mana. Kalau tak ada apa-apa tak akanlah si Remy ini bukan main rajin nak mengambil menghantar Tiz.

Tapi Murai Batu tak tahulah kalau si Remy ini jenis yang murah hati. Sanggup buat part time jadi pemandu teksi percuma untuk kawan-kawan. Murai Batu pun teringin nak minta tolong Remy hantarkan Murai Batu ke mana-mana apabila ada kelapangan kelak.

Tambah kawan Murai Batu, cinta mereka ini sememangnya telah pun berputik dan mekar selepas bergandingan dalam drama Nur Kasih yang berhantu tulah.

Kalau betul pun Murai Batu rasa tak ada salahnya kerana sama-sama bujang dan tak ada komitmen. Kenapa dan mengapa mereka selesa menutup kisah percintaan mereka pastinya bersebabkan. Mungkin tak mahu badi-badi rakan artis yang bercinta sesama artis putus di tengah jalan terkena pada mereka pula.

Apa pun Murai Batu tabik springlah pada Tiz kerana pastinya pilihan Tiz kali ini tak salah dan dia tak akan diserang oleh mana-mana pihak lagi jika dia bersms dengan Remy pada pukul 4 pagi.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates