All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, December 23, 2010

Mawi-Idolaku: Siapa Tumpang Populariti Siapa?

KUALA LUMPUR, 22 DISEM 2010: Sepanjang lima tahun melayari kehidupan sebagai anak seni, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Mawi atau Asmawi Ani sudah boleh berbangga kerana dalam tempoh yang agak singkat itu dia telah berpeluang menghasilkan sebuah album khas bersama sepuluh penyanyi serta pemuzik tersohor negara.

Album khas yang berjudul Idolaku telah memuatkan 15 buah lagu. Namun 12 daripadanya adalah lagu duet Mawi bersama M.Nasir, Jamal Abdilah, Ramli Sarip, Zamani, Yasin Sulaiman, Rabbani, Jay Jay, Jeffrydin, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Hj Nawawi.

"Kali ini konsep album saya berlainan sedikit daripada album sebelumnya kerana ia memuatkan lagu-lagu bersama barisan penyanyi lain. Saya berasa amat gembira serta bertuah sekali apabila diberi peluang berduet bersama artis-artis pujaan saya dalam album kali ini.

" Banyak kenangan manis serta pengalaman berharga yang saya kutip sepanjang berduet bersama semua artis pujaan saya ini. Ia sesuatu yang tak mungkin saya akan dapat lupakan sepanjang hidup saya," jelasnya selepas ditemui murai.com.my majlis pelancaran album Idolaku di Restoran Al-Ammar, Pavilion, petang kelmarin.

Dalam majlis pelancaran albumnya tersebu Mawti sempat mempersembahkan dua buah lagu iaitu Menanti Hikmah dan lagu duet bersama penyanyi 80-an, Jeffrydin yang berjudul Siti Haida.

Memandangkan populariti Mawi tidak sehebat dulu, ada suara berpendapat kelainan yang cuba ditonjolkan Mawi ini sedikit-sebanyak telah menunjukkan yang dia sendiri seperti sudah tidak yakin untuk berdiri dengan namanya sendiri di dalam inustri ini.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh Mawi sendiri kerana dia merasakan idea untuk bergabung dengan nama-nama besar dalam industri muzik sudah menjadi impiannya sejak dulu lagi.

"Tak ada persoalan siapa nak tumpang siapa? Setiap penyanyi ada pengikut dan peminat dia masing-masing. Bagi saya kerjasama ini sangat bagus selain ia mengeratkan hubungan saya dengan penyanyi-penyanyi yang dah lama dan otai dalam industri ini ia secara tidak langsung juga memberi kepuasan kepada peminat serta memberikan value yang sangat tinggi kepada pembeli album ini nanti.

"Dari dahulu sehingga sekarang jika saya terlalu takut dengan apa orang nak cakap saya rasa saya tidak akan ke mana. Tetapi yang baik itu saya jadikan panduan untuk saya terus maju dalam karier saya kerana saya sedar tanpa peminta siapalah saya. Mungkin juga saya kini sudah kebal dan matang dengan apa sahaja kata dan tohmahan orang," kata Mawi.

Mawi juga sedikit terkilan kerana seorang lagi penyanyi wanita pujaannya, Dato' Siti Nuhaliza tidak dapat bersama-sama mejayakan album projek tersebut.

"Sepatutnya ada dua orang penyanyi duet perempuan yang berduet bersama di dalama lbum ini. Tetapi kita cuma boleh dapatkan Fauziah Ahmad Daud sahaja. Seorang lagi idola oiaiti penyanyi No.1 negara iaitu Dato' Siti Nurhaliza tidak dapat menjayakannya atas sebab faktor serta schedule yang tidak mengizinkan pada ketika itu,"katanya lagi.

Menurut Mawi proses mengumpul dan merakamkan lagu telah bermula sejak tahun 2008 dan proses rakaman lagu terakhir adalah duet antara Mawi dan Zamani untuk lagu Tak Berpaling yang telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2010. Klip video lagu Tak Mungkin Berpaling juga sudah ditayangkan di semua saluran Astro termasuk stesen-stesen televisyen lain.

Bagi menghangatkan lagi promosi album Idolaku, pihak pengurusan AESB juga telah menyiarkan rakaman Konsert Idolaku dari Studio 2, Astro yang akan mula bersiaran 14 Disember lalu selama tujuh minggi berturut-turut setiap hari Selasa di saluran Astro Ria. Album Idolaku telah berada di pasaran seluruh Malaysia sejak 15 Disember lalu dengan harga RM26.90.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates