All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, December 29, 2010

Maharaja Lawak Medan Finalis RL Bersaing Sesama Sendiri

KUALA LUMPUR 28 DIS 2010: Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada April tahun hadapan.

Pengurus Saluran Prima & Warna, Nizam Sani menjelaskan program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.

"Kita akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat," katanya kepada murai.com.my.

Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

Jelas Nizam lagi, tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

"Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.

"Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates