All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, December 16, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) meraih kutipan sebanyak RM2.8 juta

PENGARAH filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), Mamat Khalid nampaknya boleh tersenyum bangga apabila filem ketujuh arahannya meraih kutipan sebanyak RM2.8 juta selepas tujuh hari tayangannya di pawagam.

Jika dibandingkan dengan sekuel pertamanya iaitu Zombi Kampung Pisang yang meraih kutipan sebanyak RM2.8 juta secara keseluruhannya, sekuel kedua ini lebih memikat hati penonton.

Kutipan filem yang dibikin dengan kos sebanyak RM1.5 juta itu dijangka terus meningkat seiring dengan siri promosi yang ligat dijalankan oleh Mamat Khalid dan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Meluahkan rasa syukur, Mamat menyatakan komedi ringan yang dibawa dalam filem itu adalah antara faktor penonton menyukai filem tersebut malah disebabkan musim cuti sekolah, terdapat penonton yang datang menonton dua kali.

“Bagi saya filem ini menepati selera penonton kerana ramai pergi menonton berulang kali, secara tidak langsung menambahkan lagi kutipan tiket.

“Sasaran saya, dalam tempoh dua minggu wajib tayang, filem ini akan dapat mengutip RM5 juta,” ujar Mamat yang menyifatkan kekecewaannya terhadap filem Estet telah terubat.

Luah Mamat, filem HKLBR, merupakan filem pertamanya yang mendapat kutipan tinggi dalam masa yang singkat.

“Filem ini lebih bagus daripada filem Zombi Kampung Pisang kerana saya bikin berdasarkan kritikan yang saya terima daripada Zombi Kampung Pisang,” katanya.

Bercakap mengenai sekuel ketiga, Mamat menyiapkan skripnya tetapi dia kini masih dalam proses memujuk dan meyakinkan pihak Tayangan Unggul bahawa filem sekuel ketiga itu akan sama hebat dengan filem HKLBR.

Mamat yang dilihat tidak jemu mempertontonkan negeri kelahirannya dalam setiap filem arahannya termasuk HKLBR, menyifatkan Perak sebuah negeri yang mempunyai pemandangan indah.

“Saya buat penggambaran di Perak untuk kebanyakan filem saya bukan kerana saya orang Perak tetapi disebabkan pemandangannya yang cukup indah.

“Sebenarnya bukan saya tidak pernah terfikir untuk buat penggambaran filem di negeri lain tetapi saya dibesarkan di Perak. Jadi selok-belok negeri ini sudah berada dalam minda saya dan tidak secara langsung ia permudahkan kerja saya daripada segi lokasi,” katanya.

Beberapa hari sebelum tarikh penayangannya, Mamat Khalid dan barisan pelakon filem HKLBR seperti Awie, Delimawati, Shy8, Dewa Sapri, Azwan serta beberapa wakil media Kuala Lumpur telah dibawa ke tempat kelahirannya, Ipoh, Perak untuk siri promosi.

Bertempat di Pawagam Lotus, Bangunan Seri Kinta, tayangan filem HKLBR rata-rata mendapat pujian dan tepukan gemuruh lebih 200 penonton termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Aminudin Hashim serta kehadiran 30 anak yatim dari Pusat Jagaan Nurul Iman Manjoi.

Beritahu Mamat Khalid lagi, meskipun filem itu merupakan filem komedi tetapi ia tetap memerlukan promosi yang berterusan.

Oleh itu, Mamat Khalid dan barisan pelakon akan memeriahkan pawagam-pawagam di Perak, Kedah dan Pulau Pinang pada hujung minggu ini.

“Promosi harus berterusan, sebab itu saya dan pelakon sendiri akan turun padang bertemu dengan peminat. Dengan cara itu, saya akan tahu kehendak penonton.

“Hasil tinjauan di pawagan, saya melihat penonton ketawa bagai pecah perut daripada awal hingga ke akhir cerita. Itu adalah kepuasan yang tidak terhingga buat saya kerana mereka gembira menonton filem saya,” tuturnya.


MAMAT menyifatkan pratonton filem bersama anak yatim sebagai satu tanggungjawab sosialnya.


Filem HKLBR yang telah mula ditayangkan sejak 9 Disember lalu di 40 pawagam seluruh negara mengisahkan Husin (Awie) yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jirannya, Kak Limah yang tidak bercakap dan rambutnya kusut masai.

Mengalami kejadian menakutkan, Husin bergegas ke warung Pak Munawer memberitahu penduduk kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) setuju dengan pendapat Husin kerana pernah mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin (Ummi Nazeera), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates