All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Thursday, November 11, 2010

Vokalis Fotograf, Shamrin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 11 NOV 2010: Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,43, telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Penyanyi yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.

Portal hiburan murai.com.my dimaklumkan, sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis lain seperti Shah Slam.

Berita kematian ini telah pun disahkan oleh bekas pengurus kumpulan Slam iaitu Johan Aziz yang telah pun membuat panggilan langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.

Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

Kini, jenazah telah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.

sumber ; WWW.MURAI.COM.MY

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates