All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Wednesday, November 3, 2010

Vanidah Sahkan Dapat Tawaran Gantikan Maya

PETALING JAYA: Pelakon Vanida Imran mengesahkan telah menjalani latihan percubaan di hadapan kemera bagi melayakkannya dipilih sebagai pengacara baru rancangan Nona bagi menggantikan Maya Karin.

Menurut Vanida, latihan tersebut telah dilakukan pada bulan lalu bersama beberapa personaliti dalaman stesen televisyen, TV3.

Bagaimanapun, tambahnya, ia bukan jaminan untuk dia diambil sebagai pengacara baru Nona kerana latihan itu sebagai penilaian pihak stesen televisyen tersebut.

“Saya sudah pergi membuat latihan percubaan untuk pemilihan pengacara baru Nona, namun ia bukanlah bermakna saya dipilih. Ketika itu ada beberapa orang lagi personaliti dalaman TV3.

“Percubaan tersebut adalah untuk memudahkan TV3 mengenal pasti siapa yang paling layak mengacarakan rancangan tersebut pada tahun hadapan,” ujar Vanida ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Vanida, setakat ini dia belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak TV3 tentang status tawaran tersebut.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih sebab saya juga masih belum dapat panggilan dari pihak TV3 lagi.

“Mungkin juga pihak TV3 akan bertukar fikiran untuk kembali kepada format dahulu dan mengambil personaliti dalaman mereka selepas rating yang dikatakan jatuh ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang persediaannya jika terpilih memandangkan sebelum ini Maya dikatakan gagal mempertahankan rating rancangan itu, Vanida memberitahu dia akan mencuba yang terbaik.

“Jika diberi peluang saya akan ambil dan buat yang terbaik. Saya dan Maya Karin mempunyai latar belakang berbeza sudah tentu cara kami juga berlainan.

“Saya mempunyai kelebihan sendiri dan Maya ada kelebihannya sendiri. Namun bergantung kepada pihak TV3 untuk menilai dan menentukan apa yang mereka cari kali ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan menyebut Vanidah Imran antara yang tersenarai untuk dipilih sebagai Nona menggantikan Maya Karin bagi musim 2011.

Maya dalam kenyataannya sebelum ini berkata kejatuhan rating Nona bukan berpunca daripadanya seorang tetapi banyak perkara mempengaruhi rancangan itu termasuklah soal pengisian.

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates