All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Saturday, November 27, 2010

Siti Nurhaliza Mengaku Tidak Hadir Di Pernikahan Saerah

KUALA LUMPUR, 26 NOV 2010: Meskipun ramai yang sudah mengetahui adik kepada penyanyi tersohor negara, Siti Saerah telah pun selamat melangsungkan pernikahannya bersama jejaka pilihan, Saiful Anuar, 27, namun masih ada lagi segelintir pihak yang tertanya-tanya mengapa majlis perkahwinan mereka diadakan secara senyap-senyap atau tertutup.

Malah persoalan lain turut timbul ialah mengapa kelibat kakaknya, Dato Siti Nurhaliza Tarrudin beserta suami, Dato Khalid Mohd Jiwa jugaturut tidak kelihatan di hari bersejarahnya yang telah berlangsung di rumah keluarganya yang terletak di Kuala Lipis, Pahang pada 27 Oktober lalu.

Bagi merungkai persoalan yang timbul itu, murai.com.my telah pun berusaha mendapatkan jawapan daripada Siti Nurhaliza.

"Memang saya dan suami tak dapat hadir pada majlis pernikahannya itu kerana ada hal dan kerja yang perlu diselesaikan di Singapuara.

"Tetapi pada awalnya lagi jadual untuk ke Singapura telah pun ditetapkan. Saerah serta keluarga juga sudah mengetahuinya. Jadi keluarga pun faham atas perkara itu," jelasnya ketika ditemui di sidang media pertama pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) DI Holiday Villa, Subang.

Siti yang menerima siapa sahaja jodoh adiknya asalkan dia mampu menemui kemanisan dalam berumah tangga berkata, dia bagi pihak adiknya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada kepada pihak media berikutan keputusan adiknya yang mengadakan majlisperkahwinan tersebut secara tertutup.

"Saya percaya sudah tiba masa dan jodohnya untuk mendirikan rumah tangga. Apa jua pun pilihannya, saya akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk dirinya. Saya harap Saerah dapat menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami.

"Alhamdulilah, walaupun saya tidak dapat bersama, saya difahamkan majlis yang diadakan cukup sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja.Saya faham, mungkin ramai pihak seperti wartawan tidak berapa setuju dengan apa yang dilakukan oleh Saerah tetapi percayalah kali ini situasinya sedikit berbeza.

"Apa yang boleh saya jelaskan, pernikahan ini dilakukan secara tertutup semuanya atas permintaan pihak keluarga lelaki yang mahukan sebuah majlis yang lebih privasi dan hanya mahu dihadiri keluarga terdekat sahaja. Namun saya percaya Saerah akan harus menerima sedikit tekananlah di atas keputusan yang dibuatnya itu.

"Terus-terang kalau boleh, saya pun mahukan majlis yang sederhana seperti Saerah tetapi oleh kerana mahu menghormati peminat-peminat saya yang selama ini menyokong saya serta status yang saya miliki, saya terpaksa merelakan majlis perkahwinan saya dilakukan secara terbuka dan besar-besaran," katanya.

sumber : www.murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates