All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Tuesday, November 9, 2010

Ramlah kini bertudung

DULU lain sekarang lain. Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu, Ramlah Ram sebelum ini pernah tampil dengan imej berambut pendek dan pelbagai gaya rambut.

Namun ketika membuat kemunculan sebagai artis jemputan pada acara Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin lalu, Ramlah tampil dengan imej bertudung.

Ramlah yang sebelum ini yang mendapat liputan meluas berikutan perceraiannya setelah 10 tahun berkahwin, kelihatan tenang tatkala ditemui untuk menjelaskan mengenai perubahan imej itu.

Menurut Ramlah, dia sudah lama berminat untuk bertudung tetapi baru sekarang dia mampu melunaskan hasratnya itu.

“Masa untuk saya bertudung sudah sampai dan ini merupakan satu penghijrahan ke arah imej yang lebih baik dan mungkin sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan,” beritahunya.

Tambah Ramlah, keluarganya tidak pernah memaksa dirinya untuk memakai tudung dan majoriti peminatnya menerima dengan terbuka imej barunya itu.


“Saya mula pakai tudung selepas konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober lalu. Sejak pakai tudung ini ramai juga rakan-rakan yang tidak perasan pada mulanya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang impak seandainya ada kemungkinan penganjur menarik balik tawaran nyanyian untuknya kerana dia telah bertudung.

“Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti itu. Insya-Allah saya akan kekalkan imej begini.

“Saya bersyukur sangat kerana Allah banyak memberi saya rezeki selama ini dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya,” jelasnya yang turut popular dengan lagu Ketentuan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu juga kini sudah mula mengumpulkan koleksi tudung-tudung.

“Ketika membuat persembahan saya harus membuat penampilan yang sesuai dengan lagu. Lagipun pada masa sekarang ini banyak fesyen tudung yang boleh digayakan. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting imej ini saya akan kekalkan,” ujarnya.

sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates