All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Monday, November 29, 2010

Basikal trek, badminton prospek emas Olimpik 2012

ACARA basikal trek dan badminton dilabel Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memiliki prospek besar menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik 2012 berpandu kepada prestasi atlit di Sukan Asia, baru-baru ini.

Firasat itu - yang boleh diperdebatkan - diluahkan Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi yang melihat corak semasa statistik kemenangan di Sukan Asia dan kaitannya dengan Olimpik sejak 2002.

“Harapan emas negara mungkin adalah menerusi acara berbasikal trek dan badminton. Bagi dua lagi sukan (terjun dan memanah) yang turut tersenarai dalam program ‘Road To London 2012’, harapan untuk emas agak sukar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persembahan kontinjen negara di Guangzhou yang membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Pada temasya 2006 di Doha, negara memenangi dua emas - badminton dan pelayaran - dalam acara yang dipertandingkan di Olimpik dan dua tahun selepas itu di Sukan Olimpik Beijing, Kok Chi berkata negara menunjukkan kecemerlangan dengan memenangi satu perak menerusi Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki.

“Kita dapat lihat semasa di Busan 2002, biarpun negara meraih enam emas tetapi kita sebenarnya tidak memenangi sebarang pingat emas dalam acara dipertandingkan pada Sukan Olimpik. Oleh kerana itu jugalah semasa Sukan Olimpik 2004 di Athens, negara tidak memenangi sebarang pingat,” katanya.

Kok Chi berkata kedudukan negara pada Sukan Asia juga tidak banyak berbeza berbanding dengan temasya lalu namun secara keseluruhannya dia merasakan atlit negara masih menunjukkan peningkatan.

Daripada jumlah pungutan pingat di Guangzhou, kontinjen negara menduduki tempat ke-10 berbanding tempat ke-11 di Doha. Namun, daripada segi kedudukan pingat emas terbanyak, Malaysia yang sebelum ini menduduki tempat kesembilan di Doha (lapan emas), menduduki tempat ke-10 pada Sukan Asia kali ini (sembilan emas).

sumber : www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates