All pictures & stories credit to the right owner. It's not mine. I'm just sharing it with you.

Sunday, October 3, 2010

Siti perjelas soal hamil

KETIKA ini persoalan yang bersarang di kalangan peminat dunia seni, teman rapat bahkan ahli keluarga penyanyi handalan Datuk Siti Nurhaliza pastinya perkhabaran mengenai dia dikatakan hamil.

Ia susulan tersiarnya beberapa laporan media mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Destinasi Cinta itu cuba mendapatkan khidmat pakar untuk memperoleh zuriat sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Siti dikatakan terpaksa membatalkan kemunculan menjayakan persembahan Konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 Sep­tember lalu di Pulau Pinang kerana sudah berbadan dua. Walhal tindakan Siti membatalkan persembahan itu disebabkan masalah kesihatan dan atas nasihat doktor supaya dia berehat sejak Ogos lalu.

Kesempatan bertemu Siti membolehkan persoalan itu sekali lagi diajukan kepadanya.

“Tidak, Siti belum mengandung,” katanya.

Siti memberitahu dia tidak akan menyembunyikan berita baik itu kepada pihak media apabila sampai waktunya kelak. Sehingga kini, dia sentiasa berusaha dan berharap peminat sama-sama berdoa agar dia dikurniakan anak.

Malah, ketika bercuti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau Datuk K ke London September lalu, Siti akui ada mencuba kaedah rawatan penyuburan secara akupuntur.

“Siti tak buat rawatan untuk mendapatkan anak di London. Kunjungan ke Kota London ketika itu sebagai meraikan ulang tahun keempat perkahwinan kami. Secara kebetulan, Siti sempat singgah beberapa tempat akupuntur di sana, selain meminum beberapa herba untuk penyuburan tapi bukannya membuat rawatan persenyawaan tabung uji (IVF-In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti yang hangat digosipkan.

“Memang sebelum ini Siti pernah terfikir mengenai beberapa kaedah untuk mendapatkan zuriat. Buat masa ini, saya mahu terus berusa­ha mencuba terlebih dulu. Namun, saya tidak menolak kemungkinan akan mencuba kaedah yang diperkatakan dan popular sekarang pada masa depan,” ujarnya.

Berbicara mengenai aktiviti seni, Siti mengakui masih bercuti daripada kegiatan seni kecuali memenuhi undangan rumah terbuka. Pertukaran jadual membuatkan dia terpaksa menyusun semula aktiviti seni. Siti memaklumkan hasrat untuk menghasilkan album baru masih berada dalam peranca­ngan biarpun belum memulakan proses rakaman dia berharap dapat melaksanakannya tahun ini juga.

“Proses merakamkan album masih dalam perancangan mengumpulkan material. Kemungkinan album terbaru ini bakal menampilkan sentuhan irama pop jazz. Siti masih belum berbincang dengan komposer, Aubrey Suwito untuk proses merakamkan lagu baru. Kalau tiada aral, album berkenaan dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini,” katanya.

Mengenai pembatalan konsert di Pulau Pinang pula, Siti belum membuat perancangan lanjut. Keputusan berkenaan diambil selepas mendapat nasihat daripada doktor. Malah, dia bersyukur kerana pihak kerajaan negeri dan peminat memahami situasi dan sentiasa memberi sokongan.

Mengulas lanjut mengenai tayangan program TV raya yang dibolot Siti pada Aidilfitri lalu. Siti memaklumkan sebagai artis dia hanya memenuhi permintaan semata-mata. Semua proses rakaman sudah diadakan sejak awal Jun lalu. Begitupun, ada di antara program hiburan yang diulang tayang semula sepanjang raya ini.

“Siti sendiri tak sangka program raya Siti akan banyak disiarkan. Siti juga tidak mahu menghampakan permintaan setiap stesen TV memandang­kan mereka banyak membantu karier Siti. Tapi tak sangka pula ia menjadi isu,” kata Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran lipstik terbaru SimplySiti dan meraikan 100 Pemenang program Berhari Raya bersama Datuk Siti Nurhaliza di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Majlis dengan tema Glam Red Raya dimulakan de­ngan kemunculan beberapa kenderaan mewah dengan ketibaan Siti menaiki sebuah Ferrari berwarna merah di hadapan pintu masuk Saloma Bistro. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, selain persembahan artis popular seperti Aizat, Ezlynn, Shahir AF8, Saedah dan Saerah.

Dalam perkembangan lain, Siti turut mengumumkan beberapa produk baru SimplySiti seperti lipstik dengan tema ‘classic look’ dengan pilihan pelbagai lapisan rona merah yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Pemilihan warna merah kerana sering menjadi permintaan pengguna, tambahan pula bersesuaian dengan musim perayaan. Jika tiada aral, pihaknya juga bakal mengeluarkan produk baru untuk penjagaan badan, selain wangian pada masa depan.

sumber : www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

free counters

My Blog List

Archive

Labels

 

sharing is caring | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates